Saturday, July 14, 2012

Makcik, Nenek yang kuat bergosip.

Eesshh pasal template bunga-bunga aku, nanti-nanti lah aku tukar sebab tak ingat macamana nak edit blogspot ni. Semalam Alhamdulillah kenduri arwah berjalan dengan lancar (ceh gaya aku cakap macam makcik-makcik). Tapi yang tak sedapnya bila jiran-jiran sana cakap tu kenduri aku bertunang. Esh orang tua ni ade yang kena cubit dalam-dalam karang. Pergh gosip dia memangg, lagi laju dari P1W1Max. Hehhh



Bila makcik dengar-dengar gosip tu,semua pakat tak kasi aku tunang ke, kawin ke sebab aku muda dan study lagi. (heeee makcik2 dulu kahwin muda boleh pulak). Makcik2 pesan, kau muda lagi, habiskan belajar dulu. Nanti dah habis, konfem ade orang datang minang. Lalu nenek menokok tambah,"Hmmm kalau dah tunang pastu kahwin,pastu beranak,tak habis belajar.."  Aku pun hmmmm yela-yela sambil buat muka muncung. Apa diorang ni ingat aku dah gatal sangat ke? Gewam betoi

Hmm tula yang aku tengok sekarang. Orang tak habis-habis cerita pasal kahwin. Pegi kedai buku baca sinopsis novel2, semua stok kahwin paksa,kahwin lari, kahwin tak sengaja yadaa yadaaaa. Dekat uitm, skuad penyayang dok edar-edar risalah pasal kahwin khitbah, kahwin, dosa dating baik kahwin terus yadaa yadaaa. Vlogger fevret tak pernah tak cakap pasal isu kahwin. Kalau pegi talk2 orang muda, majoritinya pasal kahwin. kalau bukan pasal kahwin pon,pasal cinta islamik. Perghh berlambak buku-buku camtu kat pasaran sekarang. ARGGHHHH mengapa mengapaaaaaa!! Untuk orang kaki bercinta tu okay la,untuk aku yang hati kering ni macamane pulak..



Aku pun ada sorang kawan yang tak habeh dok bercerita pasal kawen. 

"Pey,kita ni dah 20 tahun kan. Dah boleh kawen dah. Ish kalau ada laki masuk minang, kite terima je."

"Pey,pey nak laki macamane? Kalau kite kan, nak laki yang boleh bagi kite bende special hari2. Bagi coklat ke, kad ke, owww so suwitt. tak kesah la bagi apa-apa, janji everyday kasi one thing yang memorable.  Pastu kan, rupa tak kesah,asalkan kaya, pandai, penyayang, romantik..."

Watdehek kau sampai macam tu skali -______-". Eh lupa pulak kau kan anak raja. Sape berminat sila pm aku.

4 pewaris bangsa mengkomen:

Mohd Zaid said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

KAWEN JE LAA NGAN WADI.. SESUAI SGT

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

eessshhh wadi tough tu.sape je taknak. tapi gila pulak.eesshhh

fikrahuddin said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

hahahahahahaha. berapa ramai yg dah pm? luls.

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

hamboi luls luls ye sekaranggg