Sunday, June 24, 2012

Gua dan hari ini yang lebih produktif dari hari semalam


Harini gua mulakan hari gua dengan permulaan yang cukup teruk. Subuh Gajah hamek kau. Gua kunci jam pukul 6.00am beb,6.00 am tapi syaitan telah berjaya menghasut diri gua. Astaghfirullah. Ni kalau umi tahu mesti umi sedih. Walaupun gua ganas, tapi gua sayang umi gua tau.

Lalu selepas qada Subuh, gua terus bukak buku Hydrocarbon McMurry yang seberat 5kg. Alahai terus berat mata gua tengok reaction yang bukannya gua paham pun. Kejap jadi alkene, kejap organohalide, kejap alcohol. Takpe, gua tabahkan hati gua dengan berniat Lillahitaala. Gua yakin kalau gua Lillahitaala, Insyaallah semua reaction akan masuk dalam kepala otak dengan lancar tanpa sebarang impuruities dan anasir-anasir jahat.

Tup tap tup tap gua ngadap buku Hydrocarbon ibarat gua ngadap Running Man episod 98. penuh khusyuk dan tawadhuk. Tengok jam dah pukul 11.30 am. Lalu gua pun terfikir, :" kesian otak ni. Mesti dia penat berfikir". Tanpa perasaan belah bahagi dan syak wasangka, gua bukak laptop, dengan keyword Kshownow.net, gua carik Running Man Episod 99. Lalu gua berazam, satu episod je, satu episod je. Tanpa rasa bersalah, gua tutup buku Hydrocarbon yang setebal gajah tu lalu gua gantikan ia dengan sebijik laptop uzur di atas meja.

Gelak sini, gelak sana, macam biasa, tipikal Running Man.

 Jae Suk mesti survive sampai penghujung episod, Suk Jin orang terawal tersingkir dan Gwang Soo sebagai traitor dan backstabber. Oh normal nye episod ni. Mata makin kuyu,kuyu,kuyuuuuuuu


lalu gua baring tersembam atas katil, tutup muka dengan bantal, lastly gua kroh kroh jela. 

Lepas beberapa jam, Alhamdulillah gua tersedar, bergegas Solat Zohor, lalu gua hadap buku Hydrocarbon sekali lagi dengan azam, gua nak habiskan semua reaction hari ni jugak tanpa bertangguh.

Walaubagaimanapun, perut gua menunjukkan protes mintak diisi dengan sesuatu. Disebabkan gua seorang yang super malas, lebih malas dari Snorlax mahupun Psyduck, gua tetap berdegil taknak bagi perut makan. Lalu perut pun menangis seperti bayi kecil lagaknye. Gua ape lagi. Gua usap2 perut gua sambil berkata, "sabar ye sayangg. mama tengah study ni. nanti mama bagi mamam cedap-cedap ye." setelah diusap beberapa kali, lalu perut pun diam. Dah tidur agaknye.

Study study study, dah nak khatam dah semua reaction. lalu gua pun terfikir,nak makan ape ye malam ni.. Takkanlah nak makan nasi goreng ikan masin macam hari-hari sebelumnya. Pegi mane2 kedai, nasik goreng ikan masin jua lah yang menjadi santapan perut gua. Itula tipikal gua, gua takut nak mencuba sebab takut dikecewakan. Gua hari-hari makan nasik goreng ikan masin sampai satu hari member gua komplen pasal pemakanan gua. Sebab taknak kecewakan member, gua beli nasik goreng daging merah tapi semua tu mengkecewakan. Nasik tu ibarat nasik putih digaul dengan sayur campur dan garam diserikan dengan ayam disiram sirap. Gua sedih sangat mase tu, lalu gua mogok taknak makan nasi selama sehari. So, jangan tanya kenapa gua menyinggle sampai sekarang. 

yeah yeah dah pukul 7.00. Mandi, solat and then boleh pergi makan nasik goreng ikan masin dengan riang gembira. Kalau tua nanti gua kena darah tinggi, gua tau dah salah sape hakhak


2 pewaris bangsa mengkomen:

Mohd Zaid said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

nanti mama bagi mamam cedap-cedap ye." setelah diusap beberapa kali, lalu perut pun diam. Dah tidur agaknye.

macam haram lawak ko ni...

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

petua tu boleh digunakan bila perut kau lapa okeh. ini realiti,bukan fantasi tau