Wednesday, August 29, 2012

Bosan.

Sekarang,aku kembali kepada kehidupan asal sebelum raya. Duduk melangut kat rumah. Kesunyian tanpa hilai tawa adik-adik yang semuanya ke sekolah. Takkan la aku nak main dengan nenek aku pulak. Kalau umi ajak jalan2, aku malas nak mandi tapi takkan nak menghampakan umi pulak kan.

Kerja? Bukan taknak kerja,tapi cuti kan time puasa dan raya. Heyyyy busy kot kalau kerja time2 puasa ni. Pengalaman lalu mengajar aku. Shif sampai 6pm,tapi terpaksa extend sampai 10pm. Masa tu takboleh cuti sebab dia akan potong double kalau amik cuti. Pastu diwar-warkan pekerja Islam dapat bonus RM400 untuk raya. Aku yang time tu memang nak berhenti sangat termakan dengan pujuk rayu dan janji mereka yang kalau aku kerja boleh dpat bonus. Tuptup lepas abis kontrak (cewahh), habuk pun tarak. Gila! Taik idung masin! Memang takde sape nak kerja kat kedai tu lagi! Tengok ah nanti. Bila aku gaji besar, aku beli kedai kau!

Eh,enoug enough. Lepas ni kerja lain pulak ye. Jadi cleaner orang cakap okay jugak gaji dia. Aku tersembang dengan makcik2 ni,cleaner dekat KMS gaji dalam RM700++. Okay what. Cuma badan mesti cepat sakit2 sebab banyak wat kerja pembersihan. Aku ni da ar kurang kalsium. Everytime rukuk,lutut mesti bunyi KRIUK KRIUK. Asal buat regangan sikit je,KRIUK KRIUK mengalahkan umi aku.

Sekarang da 30 Ogos. Aku kena daftar kolej 5 Sept. Banyak lagi masa untuk aku buang time cuti ni. Muehehe sat gi nak pegi baking naaa.

Bosan.


0 pewaris bangsa mengkomen: