Sunday, September 2, 2012

Cara Survive di Matrikulasi

Hye guys. Boleh kot usha link ni mengapa-saya-memilih-matrikulasi.

Kadang2 aku rajin jugak tengok key yang orang guna bila sampai sampai blog aku. Biasanya orang carik pasal matrik. Disebabkan oleh entri bangang Tips 4flat inilah orang-orang jejak ke blog ni. Alahai bila baca balik macam ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Ramai kawan aku yang tersangkut kat tengah jalan di matrik,amik diploma balik. Dorang ni pandai2. Tapi mungkin sebab jadual belajar yang pack dan kehidupan yang sangatttt asrama,dorang amik jalan lain. Rezeki mereka mungkin lebih baik di sana. Tengok TuanMuhamadAdli. Dean list kottttttttt.

Aku ni kira first batch Kolej Matrikulasi Selangor. Time baru masuk tu,aku bajet2 ni matrik paling cantik dan moden ah sebab baru. Cantik mmg cantik,cuma dewan dia panas. Tak cukup bajet agaknya nak pasang aircond. KMS ni pada mulanya tak ade tempat lepak langsung. Tempat study time malam2 pun takde. So kebanyakan student lepak depan koop dan study kat masjid je.

Aih name pun student baru. Time tu memang semangat meluap2 ah nak belajar. Lebih2 lagi banyak silibus matrik ni kebanyakkannya dah belajar time SPM. Lagi2 matrik ni saling tak tumpah macam asrama penuh. Kalau outing,start pukul 5 sampai 7pm je. Kalau lambat,adalah habuannya.No rokok.Kalau study boleh sampai 11 pm je. Kalau lebih2 nanti pakguard halau. Belajar hari2 8am sampai 5pm. Wajib berbaju kurung,bertie,suar slack,yadaa yadaaaa.

Pendek kata,sape nak kehidupan free selepas SPM janganlah amik matrik. Walaubagaimanapun,most of budak matrik yang lepas matrik perform well kat IPTA. Orang cakap lah,aku tak cakap.

So now,ini tips yang aku rasa boleh bantu student yang sesak kepala bila duduk matrik. Nak score, tapi memang susah nak dapat score yg kita target. Ni tips simpe untuk survive,bukan skor 4flat. Kalau kau nak 4flat,senang je,fokus dalam kelas,jangan ponteng,jangan lepak. Kalau rasa diri tu malas, kau faham fahamlah.

1-STUDY GROUP

Bnda ni penting. Kena pandai pilih partner stdy group. Janganlah pulak kau pilih orang yang kau suka atau admire. Nanti nak bertanya soalan,kau malu malu tahik kucing. Nak berbincang,kau segan segan tahik kambing. Tak guna pun buat study group. Pilih partner yang kau rasa kau boleh kentut sesuka hati depan dia. Bia takde rasa malu dan segan silu nanti. Biasala orang sekarang. Segan nak tanya sebab nampak noob sangat nanti.

Lagi,pilih partner dari praktikum lain. Nanti maybe korang akan dapat faham sesuatu dengan cara yang simple dan lebih mudah. Kalau dari kelas sama, susah jugak. Dulu, aku dapat lcturer cina yang ajar hydrocarbon chemistry. Sesak gak ah kpale sebab dia ajar ikot sedap dia. Sesape yang taknak pening kpale memang takkan masuk kelas tu. Alih2 roomate aku gak yang kena ngajar aku.

Disamping itu, kalau esok ade test or quiz,suroh kawan study group tu terangkan apa yg tak paham. Takkan lah kau nak baca sendiri pulak kan. Memanggggg mengantok dan makin tak paham lagi adelahh. Tapi kalau takde groupmate yang terer certain2 subject tu, kau boleh target terus kat orang yang memang terkenal dengan kepandaiannye. Kau suroh je dia aja dengan ayat "Weh boleh tak tolong ajar blablabla. Takbaik doh kedekut ilmu". 

Kawan kawan sekentut.


Study group memang lah study group. Tapi janganlah kau setiap malam nak buat study group. Bosan kot nanti. Buat bila perlu je. Contohnya bila tetiba dapat assignment math yang banyak gile. Atau bila esok ade tutor fizik and lecturer nak point sorang2 suroh buat kat depan.

2- KERJASAMA DAN SALING MENOLONG

Ade crtain orang yang bila buat exam sengsorang,meja jarak2,keadaan senyap sunyi,dia akan jadi gelabah gelabah ayam. Blank bahasa englishnye. Padahal dia boleh je buat bila time study group. Untuk benda2 camni,kena prepare awal2.

Disebabkan jadual yang pack sepack2nye, maka mesti ada student yang akan ponteng kelas. Aku selalu buat dulu. Tapi janganlah kau ponteng time ade quiz ke ape. Mintak tolong classmate inform kalau ade quiz sebab biasenye quiz ni mengejut. Ikut sedap lect tu je nak bagi bile. Kalau tak sempat prepare pun jangan takut. Pandai2 lah kau duduk sebelah budak2 cina. Janganlah kau tersalah duduk. Takut terduduk sebelah orang yang pandai tapi kedekut dan tak bagi tiru.

Sama jugak bila esok kau ada tutor. Contohnya tutor calc. Soalan banyak gila tapi kau takut tak sempat siapkan. Pandai2 ah divide dengan clasmate. Hish ni pun aku kena cakap ke. Mana2 soalan yang korang rasa korang tak reti,terus bulatkan. Boleh tanye kat lect esok time discussion. Bosan pulak lect tu nanti sebab semua soalan korang reti buat.

Tapi kalau dah tak sempat sangat,digalakkan pinjam tutor dari roomate mahupun levelmate. Nak berjaya ni,kena ada usaha sikit. Meminjam tu pun salah satu usaha. Kau janganlah dah tak siap, pergi kelas dengan tangan kosong.Nanti clasmate semua dok bincang dengan lect, kau duduk melangut hak hik huk tak tahu ape. Zero output=Zero input. Baik kau ponteng tido dalam bilik kalau taknak belajar.

3-MIND MAP

Mungkin agak kebudak-budakan sikit tapi mind map serius sangat membantu. Aku ni memang jenis pemalas tahap kambing bila kena buat mind map. Tapi, pmbelajaran aku banyak bergantung kat mind map. Dulu masa SPM aku beli buku mind map kaler2 yang dah siap tu. Zaman matrik mana ada jual buku2 tu dah. Kebetulan lecturer fizik and math aku mmang kaki mindmap. Arh name pun Fizik dgn math, formula panjang berjela. Celah mana nak hafal weh. Dah ar tak provide formula time exam. Assignment ktorg setiap kali lepas habis satu chapter adalah buat mindmap. Assignment tu tolng carry mark dooo. Memang ar kena buat. Biasanya lecturer math aku preview lecturemate aku punya mindmap. Mane yang terpelik dan tercantik. Memang best ah.

Pada awalnye,aku rasa bodo-bodo je buat mindmap tu. Tapi nanti bila quiz or test, menggelabah tenuk nak carik mindmap tu kat mane. Sumpah sangat membantu. Time baru2 berjinak dengan mind map tu memanglah rasa nak salin semua. Tapi bila dah lama2 nanti okay lah.

Kalau rajin buat mindmap,ko buat ar sgsorang. Tapi kalau malas, macam biasa divide ah sesama groupmate ataupun clasmate. Sorang buat satu. Kalau nak hebat,pakat ah satu lecture hall. Setiap praktikum buat subjek berbeza. (weh aku tak terfikir pun idea ni masa matrik dulu).
Jimat masa kotttttttt..

bersambung di lain hari....





18 pewaris bangsa mengkomen:

Unknown said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

Wahh!!!modul mne yg sng?*ape pnyer soalan da, sye dpt kms tpi xtaw bole bwk modul yg mne,,

Icah Soto said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

Heheh jgn tengok result spm. Tgk result sepanjang tahun. Kalau rasa tak boleh bawak physics, jgn amek. Tgk jugak course yg kita boleh amek utk ijazah nnti. Kalau rasa nk amek kejuruteraan/teknikal, amek la physics. Kalau nk amek kejururawatan/sains, amek la biologi. Ada senior kata, subjek sains komputer senang kalau nk compare dgn subj lain. Subj ni boleh provide A utk result kita. Tak kesah la amek memana. Janji pikir betul2. Ala nnti pun boleh tukar modul kalau rasa tak boleh bawak. :) good luck

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

@leyna yusof modul tu terpulang kat masing. macam saya dulu amik fizik sebab memang tak belajar bio dari skolah menengah.plus nak jadi engineer. biase kalau degree nak further dlm bidang medic/dentist, kene pandai2 survive.kalau boleh 3.8 above lah for both sem.baru konfem2 dpt further medic.

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

@. aah betul boleh tukar tapi janganlah dah 2 3 bulan masuk matrik baru nak tuka modul hehe

Anonymous said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

assalam! rse cam tkot la msuk kms. sbb org kata t susa nk msuk u?

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

@Anonymous memang susah nak masuk u kalau result kita gagal masa matrik dik :)

Anonymous said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

Salam,,nk tnye..sy dpt sains nk tkr kpd akaun..yuran an kne byr sbelum dftar d mtrik..yuran utk sains 550,,akaun 480..nty dpt bakinye kex kalo sy dpt tkr kpd akaun..huhu..

Anonymous said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

kms best la...lecturer pun best...

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

@Anonymous alamak tak tahu la pulak saya. cuba lah call admin kms.mesti dia boleh tolong

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

@Anonymous aah member2 pun best

Anonymous said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

kalau nak jadi phamacist kna ambil modul chemistry kan?

Anonymous said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

kalau nak amik dentistry or pharmacy. tkda kaitan dgn physics kan. jadi mana btr ar physics ka cpmputer science? modul mane lg sesuai? tlg :x

Anonymous said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

assalamualaikum..nk tnya ,mse spm sy ambek sains pertanian ,so xad bio,fizik,kimia,add math . Klw result spm sy ok ,boleh mohon matrikulasi x dlm jurusan sains modul I ,bb nya sy memang nk sgt jdi doktor . Boleh x??

Anonymous said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

Orang atas^ tak boleh. Kalau nak ambik sc kat matrik mmg kena beljar 3 subjek tu.

Anonymous said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

Kak kalau ambik matriks teknikal fizik kimia addmaths tiga tiga ambik eh?

Unknown said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates



A licensed Loan Lender, We offer Affordable Loan at 3% interest rate available for local and international borrowers, Are you seriously interested in getting a genuine Loan without stress? Do you need this Loan for business and to clear your bills? Then send us an email now for more details via:(majidvijahlending@gmail.com)

LOAN APPLICATION FORM.

(1)Full Name:
(2)Country:
(3)State:
(4)Address:
(5)Sex:
(6)Occupation:
(7)Amount needed:
(8)Loan duration:
(9)Loan purpose:
(10)Telephone

Email Us:(majidvijahlending@gmail.com)

Unknown said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

kalau budak PDT boleh tukar akaun x?

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

@Muhd Zikry Adib boleh. asalnya dapat kos apa? boleh je. bergantung pada spm dulu, ade amik aliran akaun tak..