Monday, March 23, 2015

MENGAPA SAYA MEMILIH MATRIKULASI BERBANDING DIPLOMA.

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik, eh dah masuk semester 8 kat UiTM. Alhamdulillah, until this point, aku still boleh survive & boleh bawak diri & boleh hidup lagi dalam course ni. Kadang2 aku terfikir jugek, ape hal la aku amik engineering ni padehal aku lagi minat masak memasak baking membaking ni. Takpelah, Allah dah putuskan dah aku bawak ijazah Oil & Gas Engine ni untuk mak bapak aku & ijazah masak memasak baking membaking untuk bakal suami & anak2 aku XD.

Okay, berbalik kepada topik utama. 

Result korang berapa?

1) Straight A/ kurang satu A
Hmmm kalau aku straight A, mungkin masetu aku bermati-matian apply for Program Ijazah Luar Negara JPA/ MARA / UTP. Sebab bersekolah di asrama penuh membuatkan semua orang bermati-matian nak belajar kat overseas. Tulah, suke sangat nak mengikut orang..

2)Kurang sikit A
Okay cam biasa, sama ada Diploma, Asasi, Matrik, STPM atau Poli. Dulu masa lepas sekolah, aku mana pernah dengar asasi tu ape. So aku apply diploma. Tuptup kuar result UPU, aku dapat Diploma Chemical Engineering. Hahah mase tulah baru tahuu asasi tu setahun, matrik tu setahun, diploma tu 3 tahunnnn hahah. Interview JPA yang pergi Jepun tu sangkut, Edu Camp UTP tu lulus tapi kene study pakai duit sendiri pulekkk, lalu Alhamdulillah Allah tunjuk aku jalan, lalu aku masuk ke Kolej Matrikulasi Selangor.

So, kenapa aku pilih Matrik berbanding Diploma?

1) Lebih cepat habis belajar
Aku ni jenis nak cepat habis, nak cepat siap jeeee. So, aku amikla matrik yang setahun ni. Aku amik Sains Fizikal sebab time SPM tak amik Bio. Tapi matrik ni kan ade 2 jenis, satu program setahun, satu lagi program dua tahun. Tak silap aku, pihak kementerian sendiri yang tentukan ko akan dapat program bape tahun.
 
Tapiiiii, tapiiiiiii, kau cume akan cepat habis belajar kalau kau betul2 belajar. Kalau kau masuk matrik tapi asyik ponteng kelas, asyik nak bercinta, asyik nak melepak, asyik nak tidorrrr (melainkan Allah cipta kau otak genius tahap gaban), silalah bungkus beg kau pergi balik kampung sane takyah buang mase. Kalau pointer kau below 2, kalau tak silap, kau akan dipanggil ceramah & kalau below 1.5, kau kena kick terus. Bila kena kick, kau kena apply lah for diploma pula so kau dah rugi 6bulan / setahun dalam lifetime kau.

2) Persekitaran pembelajaran yang buat kau rasa asyik nak belajar je
Untuk makluman korang, dulu kelas aku start pukul 8, balik pukul 5. Pakai baju kurung, lelaki pakai kemeja siap tie lagi aduh..(sekarang tak sure cemane). Malam takleh kuar. Outing 5pm-7pm sahajurrrrr. Malam takde bende nak buat sangat melainkan study / lepak / tengok movie dalam bilik. Deswai aku cakap persekitaran matrik buat kau rasa nak belajar sahajurrr. Tapi lek ah, stahun je nak duduk dalam matrik ni. Degree nanti kau enjoy lah!

Plus, lagi satu sebab aku ter-rajin sikit mase matrik adalah, untuk balas balik harapan overseas JPA yang aku tak dapat. Yang dah lepas tu, aku jadikan motivasi utk naikkan semangat aku wah gituw. 



3) Elaun
Mase mule2 masuk, aku taktau pun aku akan dapat elaun. Dah masuk tu barulah pihak matrik sibuk dok suruh buat akaun Bank Rakyat. Jumlah elaun? Tak ingat. RM1500 satu semester. Kottttttttttttttt.

4) Yuran tak mahal sangat.
Ala ni pun aku tak ingat sangat. Zaman aku dalam RM400++.

5) Silibus belajar?
So far, ape yang aku belajar time matrik lebih kurang macam SPM. Aku suka kimia part reaction, so aku suke giler chemistry time tu deswai aku further degree pun dalam bidang-bidang tu jugeeee. and aku sukee maths jugeee deswai aku suke je time duduk matrik dulu.
Salah satu aktiviti masa matrik. Daki bukit Jugra ihiks.




Dan, itu sajelah yang aku ingat pasal matriks. Selalu aku dengar orang merungut cakap matriks susah. Die cume akan susah kalau kau malas, itu je. Bukannye aku nak cakap aku rajin, tapi hmmm nak lulus enn, kene lah rajin. 

Tapi cume nak cakap, kalau kau dah habis Matrik pastu nak pergi carik kerja, kau punya sijil tu tak laku tau. Sijil Diploma je yang laku. Plus ape yg aku tengok, student Diploma biasenye lagi matang dari student asasi matrik sume ni. True storyy....

K lah bai. Nak buat FYP :)


0 pewaris bangsa mengkomen: