Wednesday, December 14, 2011

pesan mak

dulu time tadika mak selalu pesan, jangan makan cikedis, jangan makan jajan, jangan makan gula-gula. nanti gigi rongak, otak lembab, jadi tak pandai.

tapi aku berjaya masuk sekolah rendah. selalu dapat nombor satu lagi.

pastu mak pesan lagi. lepas balik sekolah petang, jangan singgah kedai runcit. jangan beli pelekat digimon, jangan beli jeruk, jangan makan asam, jangan beli aiskrim 20sen. benda-benda ni semua akan buat otak jadi slow. paling mak tak suka adalah bila aku beli aiskrim 20sen kat apek cina tepi jalan. mak kata cina tu berak tak basuh. walaubagaimanapun,aku engkar. aku makan jugak benda-benda alah tu.

tapi lepas tu, aku still berjaya masuk sekolah menengah. asrama penuh lagi. means otak aku tak lembab la.

pastu mak pesan lagi, jangan makan maggi. maggi banyak MSG. MSG buat otak lembabbbb lagi. buat rambut gugur, buat cepat gemuk. pengetua pun senaraikan maggie sebagai barang larangan. tapi apakan daya. nama pun budak asrama. DM kasi makan pau keras je time supper. mana cukup. tak cukup energy untuk stay up tau. terpaksalah balun maggi. kalau takde air panas, sampai sanggup rendam maggi tu lebih 10minit. maggi punya pasal. kesimpulannya, maggi adalah antara makanan paling melembabkan otak.


tapi, aku berjaya gak dapat result SPM yang Alhamdulillah jugak ah. dapat masuk matrik lagi. kira otak aku tak lembab lagi la.


pastu mak pesan lagi, eh bukan setakat mak, semua orang kot pesan. jangan minum coke hari-hari. nanti gemuk. nanti otak lembab. nanti bodoh. coke tu boleh buat basuh jamban la. tapi apakan daya. koop sebelah bilik. memang hari-hari la minum coke.


but then, even minum coke hari-hari,aku berjaya gak dapat result cemerlang kat matrik. sekarang dah masuk degree pun. engin lagi.


tapi............................................................................


masa nilah otak aku menunjukkan kelembapannya. apa yang lect ajar semua masuk telinga kiri keluar telinga kanan. kuiz fail, test fail. kalau tak fail maksudnya tiru orang la tu. baru belajar semalam, esok dah lupa. masa ni lah semua jeruk, jajan, cikedis,maggi, coke, asam DSB nak menunjukan efect nya. otak menjadi selembab-lembabnye.


sekarang aku baru nak menyesal. minta maaf mak sebab tak ingat pesan mak.





2 pewaris bangsa mengkomen:

Naseef said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

haha....2lah nasihat aq ko xnak dgr

Mohd Zaid said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

peyuz pandai...