Monday, August 8, 2011

#masalah 2-bercinta dan putus cinta

buat masa sekarang entri aku pasal masalah saja.yelah, seperti yang kita tahu masalah is one of common thing yang sentiasa mengekori kita di mana-mana selain syaitan dan iblis. nasib baik ah makhluk-makhluk halus ni dah kena ikat time bulan puasa ni.
contoh makhluk halus yang sukar dilihat.


sejajar dengan umur kita yang masih belasan tahun ni ( termasuklah aku yang baru je sambut beday beberapa hari yang lepas. eh, tak sambut pun. family aku takda sapa pun yang wish)  dengan hormon estrogen dan tentacruel yang tak tentu arah, logiklah kiranya aku katakan semua remaja ada nafsu nak bercinta. kalau tak bercinta pun, just suka lah. pandang sekali, nampak macam cantik je, terus suka. then nak tengok lagi, lagi dan lagiii.. lepastu berazam nak jadikan dia awek. padahal baru tengok muka je. tak tahu isi luar dan dalam. biasalah.cinta pandang pertama. kita kan budak remaja. semua remaja macam ni.

bila dah start suka sama suka, mulalah bermesej-mesejan. siang malam pagi petang. before lecture, nak mesej. "nanti lepas kelas mesej syg oke?". time lecture, hati tak tenteram. tak sabar-sabar nak habis lecture. hati tak senang, kepala entah kemana, ilmu pun entah kemana. projectile motion, zwitterion semua cuma sempat melekat dalam kepala dalam 10 saat.lepas tu, ilmu terus hilang dibawa arus kehangatan bercinta. weewitt! 



balek lecture, terus mesej. nak report apa aktiviti yang sedang dibuat. banyak siot kredit nak contact balak 24 jam. baik beli coca cola satu carton kan? nak makan mesej, nak mandi mesej, nak tidur pun mesej. aiyoyo. biasalah. kadang-kadang cinta boleh membuatkan kita angau dan buta hati. kan kan?
 


okay ni contoh pasangan monyet yang angau tahap giga.

tapi masalahnya, kadang-kadang cinta tu boleh buat kita muak dan menyampah. depends pada orang lah. kalau betul-betul sayang, jumpa setiap hari pun dia sanggup. kalau sayang yang tipu, contact awek seminggu sekali je. taknak terkonkong katanya. orang macam ni tak boleh buat laki. sila campak jauh-jauh ke dalam laut. takut bila dah jadi suami isteri, baru seminggu kahwin dah kena cerai. takpasal jadi janda di usia muda. menangis tak berlagu pulak kang.



apa yang kita nak semua berisiko kan? itu ada masalah ini ada masalah. sesungguhnya masalah itu dijadikan Allah bukan untuk menyusahkan hambaNYA, tapi masalah itu dijadikan untuk menguji kesabaran hambaNYA :). takdenye Allah nak kasi kita masalah kalau DIA tahu kita tak mampu menanggungnya kan??




#mood malam ni-sangat teruk. aku punya kawan baik, dah kena buang kerja.sapa nak ajar aku cakap nepal lagi weh?


**bila baca balik, aku macam pelik dengan hormon kat perenggan 2. eh betulkah hormon tentacruel tu? apesal macam bunyi pokemon. budak biologos, sila bagitahu aku ye.

4 pewaris bangsa mengkomen:

fikrahuddin said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

hahaha. pokemon!

peyuz, aku wish ko doe... kita kan family ogos. haha.

ajar aku cakap nepal weh.

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

@nemesis3891aah.kita family ogos. beday kau lmbat lagi, tapi kau lg tua dari aku.wakaka

kau nk belaja cakap nepal. try satu prkataan. RAMROCHAOUS. means HANDSOmE

ciksyeqa said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

tetosteron kot..harharhar.

happy belated doe.hihihi

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

@ciksyeqa tetosteron??? oh hormon tu ye? thanks gitau :)

thanks for the wish syeq.hihi.ade free call tp xcall mmber pun. sory tauuu.balik keje lmbt