Tuesday, August 2, 2011

#masalah 1-belajar


kadang-kadang kita selalu rasa hidup ni penuh dengan kesusahan dan kerumitan. pergi sana, ada masalah. pergi sini, ada masalah. bila masuk kolej atau sekolah,semua sukaaaaa. suka bukan pasal apa. suka sebab ada banyak kawan, ada banyak geng. boleh buat jahat sama-sama. bila hari weekend, semua lagii sukaaa. boleh tidur malam tu sampai malam esoknya. boleh tengok movie dengan geng tanpa henti.



tapi bila part belajar, itu umpama masalah dan beban bagi aku. rasa macam bebal je kepala ni nak bawak. bila dah hari isnin, rasa tensyen je. sebab itu permulaan untuk hari-hari belajar yang membosankan. even bosan, aku tetap kena harungi benda tu sebab aku sayang mak ayah aku.  lagipun, aku taknak dipaksa kahwin dengan orang tak dikenali kalau aku fail nanti.
buwekkk taknak la kena kahwin dengan orang tua!!


adakah aku sorang je rasa macam ni? aku rasa korang pun kepala 2x5 je kan dengan aku.kan kan kan?

tapi bila dah cuti panjang macam sekarang ni, keinginan untuk masuk belajar balik semakin membuak-buak. mungkin sebab aku dah bosan makan gaji ciput dan bosan dengan gaya hidup bekerja dari 9am to 9pm. memang tak heaven langsung. bekerja tanpa handphone, tanpa hburan memang betul-betul buat aku terkurung macam dok dalam sekolah asrama penuh.


pelik kan? bila tenga belajar, tak sabar-sabar nak cuti. bila dah cuti, tak sabar-sabar nak belajar pulak. buktinya, aku baru sahaja selesai baca buku panduan untuk pelajar baru. banyak pulak cekadak dia nak suruh aku buat medical checkup. ish aku malas betul lah kalau part checkup checkup ni. nak kena paksa kencing lagi. kau ingat kencing aku banyak sangat sampai secawan ke?nak x-ray lagi.sial lah. pui! ah. pakai jelah x-ray yang aku buat time form 1 dulu tu. rasenye elok lagi kot. takde pape tulang yang patah. cuma rangka badan aku lagi besar dari time form 1 dulu. ah tibai ah! hahah. ada aku kesah?

ni baru introduction untuk entry sebenar aku. teruk ah, baru intro dah banyak paragraph dah. 

2 pewaris bangsa mengkomen:

happycloud said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

kau memang, duduk sebelah bilik aku, berdekah dekah sepanjang masa en. HAHA

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

kau ahjumma,dekah lagi kuat dari aku. kau mmang tak tidur malam en. aku tengok bilik kau, pukul 3 pun still hidup lagi orang-orangnya.terbaekkk