Sunday, May 22, 2011

upu

sekarang memang demam UPU. ade ke patut buka dari 20 mei sampai 26 mei saje. mana cukup masa bang. adeh. ramai kerja pagi sampai malam. terpaksa bersengkang mata sebab nak isi UPU ni.

kalau senang nak isi takpe. masalahnya nak course apa pun tak tahu -_____-". sedih betul lah! kalau dulu orang tanya,

"kau nak amik apa kat U nanti peyuz?"

"haha.amek petroleum kat UTM lah."

"fuiyoo. apesal amek petrol? susah ar pompuan keje bidang macamtu..."

"takpelah.aku suka kimia dan fizik. pastu aku pon suka duit."

haha itu dulu ye tuan-tuan dan puan-puan. sekarang, sukakah aku pada kimia n fizik? ohh tidak suka. kimia fizikal aku sukalah, tapi kalau kimia organik, kirim salam sajelah. separuh mati aku nak hafal benda-benda merepek tu. kalau hafal sekejap, pastu ingat sampai bila-bila takpe. aku dah ar pelupa. rasanya aku telan satu rumah semut kot masa kecik-kecik dulu. seriously sangat cepat lupa.

fizik? ah formula semua merepek. mana aku nak ingat semua formula tu time pekse. aduhaiiiii kenapa la periksa ni dijadikan kayu ukur untuk kebijaksanaan seseorang tu kann....



dan seriously aku teringin nak amek petroleum. tapi kat UTM pulak tu. aishhh aku mana penah belajar luar selangor doh. dan aku tak suka lah naik bas lama-lama. mampu ke aku belajar course tu? aishhhh

keputusan semua terletak kat tangan aku. jalaluddin hasan takde kat sebelah aku nak bagi option A, B , C atau D. hmmm




11 pewaris bangsa mengkomen:

ʓαняαfαнмι said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

gudluck pey! di mne saje ko berada..aku doakan kejayaan ko..:)
gdluck!

p.e.y.u.z. said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

@ʓαняαfαнмι isk isk terharuuu budak 4flat cakap macamtu. isk isk... terima kasih doakan aku ;)

yaya said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

amek la petroleum uh.pastu kurgkn harge mnyk msia ehhh

nemesis3891 said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

aku setuju cakap yaya. haha

aiman rashidd said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

peyuz !!!! jom amik sama dengan aku !! jom jom !! HAHAHHAHAHA

kau suka jalaluddin hassan ke ? HIHI

afrooctopus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

ko amek je ape ko minat.ada usaha insyaAllah ko dpt course ko nak. :)

p.e.y.u.z. said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

@yaya
em memangla nak kurangkan harga minyak.tapi tu bukan kuasa aku doh.kerajaan dah peruntukkan beratus bilion untuk subsidi minyak sekarang ni. minyak naik sebab pasaran dunia semua naik. kalau nak suruh aku turunkan minyak boleh jugak. nnti aku bukak company sendiri, korek minyak sendiri :)

p.e.y.u.z. said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

@nemesis3891 ala abrar.kau mana boleh sokong cakap oranggg... komenlah ikut hati kau sendiri

p.e.y.u.z. said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

@aiman rashidd aiman kau amek ape? dan ade tak sesape budak sepintar pegi utm? jom ah wat perkampungan kat UTM tu.hahah

jalaludin hasan mmg suka masuk blog aku

p.e.y.u.z. said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

@afrooctopus apa aku minat eh? em ntahlaaaa wehhh

Muslihah Mohd Razali said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

ehehe..i loooove organic.