Tuesday, March 29, 2011

final exam datang lagi.

dalam hidup ni, kite mesti kena pandai bawak diri. kena pandai kawal diri. dulu, aku selalu fikir dunia lepas spm adalah dunia yang agak heaven. sebab dah tak payah berdisiplin sangat dah. dah tak payah dok asrama,kena jerit2 dengan warden semua. nampaknya semua benda tu salah.

kita memang tak nampak dan tak jangka apa yang akan berlaku selepas ini. mentang-mentang aku bekas pelajar SBPI Rawang, so bolehlah aku boleh duduk senang lenang goyang kaki tunggu biasiswa ambik aku? boleh ke aku rilek-rilek kat matrikulasi dan tak payah belajar? salah semua tuu. salah sama sekali!

susah kan nak kawal diri sendiri. nafsu yang aku paling susah nak kawal adalah MALAS. kalau class habis awal, aku tidur. kalau lambat, aku lepak kejap. malam, aku sembang. memang terukk. entah bila aku nak habiskan rvision, aku pun tak tahu.

apa motif entri aku sebenarnya? aku sendiri tak tahu. cuma tengah sedih dan terkilan disebabkan perihal beberapa kawan aku. pandai tu memang pandaiiiiii, bekas budak2 SBP yang top5 lagii. cuma disebabkan tersalah pilih kawan, pelajaran hancuss.sedih kan.

doakan kitorang semua, budak-budak matrik nak periksa beberapa hari je lagi. siryes, semua orang tengah tension sekarang. kepala macam kena sepit dengan apit G.