Friday, April 15, 2011

aku nak jugak kulit putih licin macam dia !

alhamdulillah, aku sudah lepas zon merah. zon merah adalah zon final exam, zon yang menakutkan untuk budak yang kurang study macam aku. bila datang zon ni, biasanya orang yang sama spesies dengan aku akan tak reti duduk diam sebab kecuakkan yang melampau. ditambah pula dengan penyakit-penyakit pelik yang berjangkit seperti kembung perut, kentut tak berhenti, kepala pening lalat, gatal tekak dan sebagainya. so pesanan aku, sila study awal sebelum final exam. kalau tak, korang akan dapat penyakit ni. siyes sangat DANGEROUS ouh ! 


ditambah pulak dengan kelahiran kawan-kawan rapat aku  sepanjang bulan 4 ini. aku tak paham, apesal lah nak keluar berturut-turut. atleast selang-selang hari pun ok lah. takdelah penat nak membalun korang-korang ni. atau korang memang dah rancang nak keluar selang sehari ar? HAHA. kesian pulak bila teringat syawal dan yana dimandikan dengan biskut dan nestum-nestum basi, terbaik dari ladang.


sebenarnya, aku nak cerita pasal benda lain. benda yang berkaitan dengan perempuan. yah, aku nak cakap aku suka tengok muka perempuan berkulit licin. sangat jelesss. lagi-lagi licin tahap artis macam satu orang tuh. dahlah kulit licin, putih, gebu, adehh jelesnye *sambil hantuk-hantuk kepala kat dinding. aku kalau time exam,  mula lah adik-adik jerawat aku datang. setiap hari bertambah satu. aku exam 4 hari, so dah ada 4 biji ni. tapi orang tua-tua cakap jangan kira jerawat kan. nanti makin banyak.


berbaik kepada part kulit licin, sesumpah sangat aku jeles dengan orang tu. kau tahu kalau aku jeles, aku rasa macam nak bunuh orang tu ? ishh dhlah kulit licin, femes pulak tu. aku kenal dia, tapi tak tau la dia kenal aku ke tak. tak silap aku, dia dah ada boipren pon. dengar-denagr cite, boifren dia pon femes. adeh,jeles lagi. rambut dia pon tebal, wuu jeles lagi. cakap pon lembut je. apasal semua description untuk dia lain dari aku punya? kire nak cakap yang perempuan tu perfect lah. 

tak tahulah apa rahsia dia. mungkin pakai mask telur tiap-tiap hari. kau orang tak teringin ke tengok muka dia ? kalau korang nampak, mesti korang pun hentak-hentak kepala kat dinding sebab kejelesan yang melampaui batas. nanti ada masa aku gi curik gambar dia ok. haha *gelak evil!!



3 pewaris bangsa mengkomen:

yaya said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

sapa ni pey??habaq mai sat..nak jeles gak

nemesis3891 said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

haha. eh, kulit ko tak cukup licin ke peyuz?

p.e.y.u.z. said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

@yaya, adelah orangnya tu. sumpah licin. haha

@nemesis3891, kulit aku tak selicin kau punye! haha