Tuesday, June 4, 2013

PEMANDANGAN YANG AGAK COMMON DAN TAK COMMON DI FAKULTI ENGIN

AMARAN: ENTRI INI TIDAK SESUAI DIBACA OLEH ORANG YANG CEPAT SENTAP. ENTRI SEKADAR SUKA-SUKA. JANGAN SENTAP PLISS

PEMANDANGAN YANG AGAK COMMON
1.
Pemakaian sliper jepun. 

Tapi janganlah siper jepun sangat. Pakai la siper Fipper ke, Nike ke, baru style sikitttt. Ini adalah pilihan aksesori kaki yang terbaik. Siapa yang memakainya mesti merasakan diri mereka styleeeeee walaupun ada unsur kejambanan sikit.


2.
Pemakaian jaket fakulti.

Ini adalah satu norma biasa dalam fak engin. Bangun tido, mandi, terus sarung jaket. Waima jaket tu dah pakai semalam, then hari ni pun pakai lagi, InsyaAllah gerenti takda sapa nak nganjing kau " EEEEEEE pengotor gila pakai baju semalam". Pernah sekali tu aku pinjam jaket senior lelaki sebab nak masuk lab, tapi cissss penuh bau air liur. Geli la giler. Jaket biasa jadi penyelamat bila taktahu nak pakai baju apa hihi.

3.
Wujudnya limpahan gender lelaki.

Terutamanya kat Fac Mechy, Letrik ngan Awam. Kimia 50-50 laki perempuan kecuali course Oil and Gas jela. So jangan merungut kalau kau parking motor,balik2 kelas motor ko dah beralih sebab dorang mmg suka himpit2 motor pastu alih balik. Semua parking moto dorg rembat so mana gadis2 macam aku nak selit motor aku tskk tskkk.

4.


Lewat ke kelas? 


Arghh common common. Biaselatu tak mengira jantina. 

5.
Ngantuk lalu tidor?

Warghhhh biasa2 terutamanya hari Isnin walawehwehweh. Tak kisah la kau tidur awal ke tidur lambat,yang pasti rasa ngantuk itu tetap datang.

PEMANDANGAN YANG AGAK TAK COMMON

1. 
Shirt & tie? 

Sumpah pemandangan paling rare. Kalau ada pun, masa hari Isnin time first year. Yela masetu agak noob noob sikit. Masuk 2nd year, mana main dah kemeja2 ni ye tak. Kalau dah 3rd year tapi pakai macamni maksudnya dia ada interview lah tuuuuu

2.
Mak datin ke kelas

Apa gila kau nak berpakaian begini.Mahu 7 hari 7 malam orang dok mengulas kau hihii. Tapi kalau rasa cun, pakai jela. Kalau tak cun plis jangan pakai.


1 pewaris bangsa mengkomen:

oshinz said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

memang gila la kalau ke kelas macam gambar yang paling last tu. berapa jam kena dok depan cermin untuk bersiap ke kelas? kalau saya, memang taklah.