Tuesday, March 26, 2013

Cara nak tahu sama ada masakan anda sedap,cinca bashita dan menyelerakan ataupun so-so aje

Aku adalah seorang tukang masak temporary di sebuah rumah di kampung aku. Or in the other words,rumah aku. Hobi aku diwaktu bosan adalah mencuba resepi baru. Bangun pagi,sarapan, lalu google2 pasal resepi baru. Dalam semua percubaan, tak semuanya berjaye. So bila mencuba, tabahkan hati dan iman, sebab takut fail nanti. Bukan sebab takut fail je, ada juga anasir2 jahat yang memprovok resepi baru yang tak jadi. 

Abang: "Tak payahlah buat tu. Bukannye kitorang makan pun nanti."
Umi   : "Tak payahlah masak tu. Membazir duit je beli bahan."
Adik2 : "Alaaaaa ada resepi baru ke......"

Aku tak pasti la diorang bergurau senda atau ape. Tapi hari demi hari, aku yakin yang diorang sebenarnya suka apa yang aku masak.

Nenek : "Emmmm sedapnye cucu aku masakkkkkkk. Dah boleh kahwin dah."
Makcik: "Eh Peyus masaklah nasi goreng yang sedap tuuu."

Cewah masuk bakul angkat sendiri!

So, ni lah antara respond2 yang InsyaAllah menunjukkan masakan kau tu sedap.

1. Kerap kali disuruh masak benda yang sama
Satu hari bapak aku beli ikan merah. Biase ikan merah umi aku buat sup je, tapi bila mengingatkan yang selera aku terletak pada cili2 dan sambal, aku buat ikan tumis. Lusa, bapak aku beli ikan tu lagi. Tulat,pun ikan tu. Bapak aku pesan,masak macam semalam ye. In a week, 3 days in row ktorg makan lauk same. So memang nampak sangat la ikan tu sedap sampai suruh masak banyak kali muahaha.

2. Makan bertambah
Biase orang makan bertambah sebab sedap en. Tapi kalau lapo sangat pun bertambah jugak. Kalau orang makan tak habis, nampak sangat la ketidak sedapannye tu kan kan kann

3. Disuruh masak banyak sikit sebab nak bagi2 kat jiran
Atau dengan erti kata lain, nak promote yang anak dara dia pandai masak. Bila hanta kat rumah orang, sempat pesan "Eh ni anak saya yang masak tauuuuu,bukan saya."

4. Sedara2 semua kerap kali datang rumah masa waktu lunch
Haha over pulak. Tapi betul la ni. Boleh jadi sebab dia nak makan masakan kite en.

5. Adik2 tak sabar nak balik sekolah sebab nak makan 

6.Post kat instegrem masak ape harini,pastu ramai orang like.

Wakakakkak bapak boasting gila aku ni.

2 pewaris bangsa mengkomen:

zayed said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

no 4, hahaha.. lawak do

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

betul la tu. disamping tu,boleh jimat bajet time sesak2