Saturday, February 23, 2013

Al-fatihah untuk Arwah Fizi

A-fatihah ini disedahkan kepada Muhamad Hafizi Jasni yang kembali kerahmatullah petang tadi sebab kemalangan.  Semoga dapat membantu meringankan beban.

Ajal memang tak mengira masa,umur, tempat, mahupun pangkat. Ye memang betul. Arwah Fizi aku kenal since masa junior Airforce dulu. Masa tu kitorang team markas tek. Aku, Faizol, Syawal, ngan Arwah Hafizi. Kerja nak bergaduh je sebab aku ngan Syawal pemalas, maka arwah selalu marah2 kami. Ada satu malam tu hujan lebat, markas tek ada satu khemah je, terpaksa berhimpit tidur dalam khemah yang hummm nauzubillah lecah sana sini. Masa aku terjaga tu memang bunyi dengkur kentut semua berlaga2. Tak guna punya markas tek. Orang lain sentri,kita tidoqqq

Tapi sekarang Arwah Fizi dah takde. kehilangan arwah dirasai walaupun kami berlainan universiti (arwah UIA,aku UiTM) sebab arwah antara yang paling banyak mulut,paling ceria,dan antara Sarjan dalam intermediate. Next annual camp time senior nanti, takde sape nak marah2 ngan usik2 kami dah.

Al-fatihah. Semoga rohmu tenang disana Fizi. Aku takpernah ada dendam denganmu Fizi.






0 pewaris bangsa mengkomen: