Friday, June 10, 2011

fulus

kalau orang tanya apa benda yang aku paling suka, jawapannya adalah duit. boifren dengan duit mana lagi penting? duit lah. duit boleh buat kau berjaya. boifren nak lingkupkan kau ade lah. bukan semua boyfrien oke? certain2 je.


sebab duit lah majoriti orang nak berbunuhan dan bergaduhan kan? sikit2 duit. adik beradik sendiri pon boleh gaduh sebab duit je. 


kau tahu kan duit adalah benda yang penting. dengan duit, kau boleh beli ape-ape menatang yang kau suke dan boleh rasuah polis (astaghfirullah). bila ada duit, kepala tak pening sampai kena pinjam kat along la bagai. bila ada banyakkk duit, kau akan ada banyak kawan sebab semua nak menepek mintak belanja. 


aku selalu jeles bila tengok orang-orang yang kaya pasal business macam dr rozmey. walaupun dia tak hensem, bini dia cantik woo. even ramai orang benci dia, apa dia kisah sebab dia tak kacau hidup orang lain pon. lagipun duit dia berlambak gila. kau ada? takde en. sumpah rajin dan hebat oh dr rozmey ni.


macamane nak kumpul duit ha? i mean macamane nak dapat duit banyak2? aku kerja sekarang. tapi mana cukup ah gaji seciput tu untuk jadi macam dr rozmey. time matrik dulu ade ah buat bisnes jersi ngan kerepek. tapi takdela merasa untung sangat sebab aku jenis bila dah berduit, mula lah gatal nak shoping kat koperasi, belanja anjang (bukan belanja, anjang mintak), nak melantak pastu order nasi goreng tiap-tiap hari. aisshh susah la macam ni. duit kering sentiasa. nasib baik aku perempuan. takpayah susah2 nak kumpul duit hantaran la bagaiii


aku jugak seorang yang pantang dicabar. kau cabar je ah aku ape-ape pon, kalau dibalas dengan duit, insyaAllah aku akan buat. ikut kemampuan la. nak suruh minum air basuh tangan, makan cili berkilo-kilo, suroh ngorat suami orang, tu semua dalam tangan aku je. kacangg. kan paen kan? aku pantang dicabar.


kenapa perlukan duit? sebab boleh beli handphone baru. perfume. takkan nak pakai duit mak bapak kot. apa kes pakai duit orang. tak berdikari ah namenye kann. rase macam duduk bawak ketiak mak bapak je.  sebab tu kena carik duit. kejap agi nak masuk u dah. mesti pakai duit banyak kan. segan la mintak kat mak bapak. aishhh. dahlah bergaji, mintak2 pulak..tak macho langsung ah.


semoga aku dapat lelaki yang kaya suatu hari nanti.hehe. bahagia hidupp


tapi kalau banyak duit, tapi tak berpahala, tak buat ibadah, tak buat suruhan Allah, still tak guna jugak en.lagi best kalau ada banyak duit dan banyak amal. baru cukup saham dunia akhirat kann. hihi.


tapi jangan risau ah. aku bukan perempuan mata duitan. aku cuma suka duit.








4 pewaris bangsa mengkomen:

zayed said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

aku bukan perempuan mata duitan. aku cuma suka duit.


style+ lawak

p.e.y.u.z. said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

jahat lah kau zaid....

ciksyeqa said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

minum air basuh tgn..hahaha..x boleh lupa weyh

p.e.y.u.z. said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

@ciksyeqa haha serius weh aku dah taknak buat bendaa tu lagi.tu time jahil tuu