ternyata aku sangat marah sekarang ni. bukan marah dengan fan Chelsea yang mengapi-apikan Manu sekarang ni. ternyata juga bukan marah dengan fan Arsenal yang sedang backup Chelsea. bukan2..
ceritanya begini...
memandangkan hari ini merupakan Hari Ibu seDunia, so dengan penuh rela hati aku mendrivekan diri aku bersama adik darjah 3 untuk mencari sebijik kek dan hadiah untuk umi aku. u see, aku ni anak berguna tau. sepanjang hari ini aku tak cakap ngan umi aku pun. dia bizi sebab jiran kenduri. aku pergi beli kek pon masa dia takde kat rumah.
jalan punya jalan, dapat;lah aku sebijik chocolate indulgence (oooww my feverett~~~) dan juga sebijik purse. balik tu terus drive laju-laju sebab taknak kasi mak perasan. bila dah time maghrib, barulah aku curik2 pergi dapur dan sorok kek tu dalam fridge. eh bukan sorok, nak kasi dia sejuk.
dan masa tu jugaklah adik perempuan aku yang kecik dan kemetot pergi usha aktiviti kitorang.
dia macam "uuuiyo kek ye...". oohh shoot budak ni nampak pulak. aku buat bodo jela. dah ar kaki kecoh. balaci. sume dia. n then aku pergi sinki jap dan bila tengok kek tu balik dah ada kesan tapak tangan di situ.
oh ni budak kecik kemetot ni punya. memang berasap kepala aku masa tu. berasap hidung berasap telinga semua ada. KAKI SPOIL !! nak marah pon tak guna. dia bkan tahu apa.
lepas maghrib tu, tetibe umi masuk bilik aku. n dia kata adik aku kecik aku nak kek. kek apa mak aku tanya. aku buat-buat tak denga jela. n then bila aku pegi dapur balik nak usha kek tu sihat ke tak, waaaaahhhhhhhhhhh
kek hari ibu aku beli dah hilang sepotong. hantu jin mana makan. dan makin berasap aku bila adik kecik aku berjalan sambil memegang sepotong indulgence di pinggan. hancur semua saspen dan surprise yang aku rancang untuk umi aku!
22 pewaris bangsa mengkomen:
anis kn nama die..aduyaii..haha
ahahahahaha..
tu la nk buat surprise xajak aku..
kan da kantoi..
ahahahahaha..
sepak sket adek ko tu peyuz, nyebuk jee.. aku yg bace ni pon rase nak lempang
HAHAHA . kalo aku memg da kne adek aku wat hal cm tu . grrr
@yaya
haha budak kecik tak matang memang camtu yaya.GRRRRRR sakit hati
@faiz@jawe@teng kau tak balik sape soh..kek tinggal separuh ni.kopak siot duit aku
@zayed kalau aku sepak, dia makin menangis ahh. kang aku pulak kena sepak ngan mak aku
@fifaa razak entah nora. kau dah ar garang gile tenukkk.... .sabar jela ade adik macamni
sakit hati!!!!!nasib baik aku ko comel
@ciksyeqa aku ke kau yang comel syeqa???
aku nk ckp adik ko sbnrnya..aku mmg x comel..
blog pun boleh tag?mention gak ke? huhu
sedih dohh.. adui sedih...
tahun depan, ko kunci peti asi tu yeh. hehe.
@ciksyeqa weh syeqqqq.kau comel seriously. lagi comel dari aku yang cute ni.wuhuuu
@nemesis3891 boleh kalau kau tambah bahan kat comment kau.
mana boleh kunci doh.kau ingat tu pintu pagar ke? haha
@p.e.y.u.z.
i'm coming home later..
@faiz@jawe@teng wokeh2. balik bawak makanan. dengan bawak kitorg g tengok fast5
hahaha. lawak. pandai adik ko buat surprise. hehe.
@p.e.y.u.z.
nk ap??
domino,pizza, mCd, secret recipe pr whatever..
just text me..
ahahahaha..
fast 5 xbest..tgok nur kasih the movie lg care..hehehehe..
@hilmi haha.memang surpiseee...kejung aku tengok adik aku makan kek tu
@faiz@jawe@teng haha.harapannnn...
aku tak kire.nak fast5 jugak.eh tanak, aku nak kongsi!
hahahaha. adik ni memang nak kena cubit tau pipi die. biase eh tak reti simpan rahsia..
haip... si kecik ni memang nak kena cubit pipi tembam die tau.
Post a Comment