Thursday, March 10, 2011

wanita yg bertudung tak semestinya beriman tetapi wanita yg beriman semestinya bertudung

masa kecik dulu aku masuk tadika islam. masa tu aku dah diajar pakai tudung.memang best lah masuk tadika islam. kau boleh hafal doa qunut, doa before tidur, doa untuk ibu bapa, hafal juzuk amma. alhamdulillah sangat mak bapak aku masukkan aku kat tadika islam. kecik-kecik dah diajar buat benda-benda baik macam tu.

masa kecik dulu , aku rasa dalam umur 5 tahun , aku suka tengok mak ayah aku sembahyang. macam best je kan pakai telekung pastu berdiri atas sejadah gambar masjid. lalu aku pun duduk kat riba mak masa dia tengah tahiyat akhir. nyorok dalam telekung mak. you see, budak-budak suka nak sembahyang kalau mak ayah dia pon sembahyang. bukan aku aje yang berperangai macam ni. aku rasa korang pon sama.

lepastu masuk sekolah rendah, memang aku bertudung lah. kalau bukak tudung pon sebab pakai skaf time masuk bola jaring. cikgu yang suruh. takpelah, masa tu belum matang lagi kot. 

time sekolah menengah, masuk pulak aku kat SBP yang menerapkan ciri-ciri Islam yang super bagus. pakai tudung labuh, pakai stokin, pakai baju bercekak, rasa selamat aje bila berpakaian macam tu. walaupun kadang-kadang terasa panas, kena tahan jugak sebab nanti  kat dunia luar yang takde pengawasan mak ayah dengan warden, takdenye aku nak pakai macam tu.

sebenarnya aku nak cakap yang sejak kecik hidup aku banyak bersama dengan orang yang bertudung. tak kesah la tudung tu kecik atau ape, dorang still bertudung. kalau yang tak bertudung, maybe dia rasa dia macam kebandaran sangat, so automatiknya dia tak up to date lah kalau pakai tudung. penat je mak ayah hantar belajar tinggi-tinggi, tapi otak still sempit mengalahkan orang asli dalam gua batu.

sekarang, aku ada jugak kawan yang freehair. muka memang cantik, putih,ala-ala model walaupun kemetot sikit,lembut je, tapi sayang lah sebab dia freehair. aku rasa malu dengan diri sendiri sebab tak dapat ajak dia pakai tudung. nanti kat akhirat mesti dia carik aku sebab tak ajak dia tutup rambut dia yang karat berebonding itu. bukan aku tak ajak, ajak je. cuma aku takut dia terasa kalau aku cakap lebih-lebih. 

dulu dia ni pakai tudung lah, time sekolah menengah. dengan alasan, sekolah dia wajibkan pakai tudung. time mula-mula masuk kolej ni pon dia kata dia pakai tudung. pastu dia tanya orang lain, wajib ke pakai tudung kat kolej ni? orang tu pun dengan bagusnya sebagai seorang beragama islam cakap tak kesah pon nak pakai ke tidak. baguslah orang ni. aku sangat lah suka perilakunya. sentap betul !

antara alasan standard yang orang macam ni cakap, ala, nanti kat luar aku bukak tudung jugak. hipokrit je kan. baik tak payah pakai langsung. kelakar betullah alasan. sapa yang suruh kau bukak tudung kat luar kolej.

alasan lain, aku tak pakai tudung tapi aku baik. padahal ada je orang lain yang pakai tudung tapi lagi teruk perangai dari aku. serius standard gila kot alasan macam ni. cuba korang tanya kat sapa-sapa yang freehair, memang biasa je ayat macam ni keluar dari mulut diorang. maybe ada dalam skima jawapan untuk golongan freehair. uuuuu, aku tahu kau baik, lagi baik dari orang yang bertudung tapi ada lovebite kat leher, tapi kalau kau  baik, kenapa kau taknak pakai jugak? kenapa kau membahankan orang lain jugak? apesal kau nak compare dengan orang macamtu? kenapa taknak compare dengan orang yang bertudung dan banyak berbuat amal. biasalah, manusia yang gagal selalu mencipta alasan.

sambil aku godek-godek tenet ni, aku terjumpa ayat ni.


tudung is just a piece of cloth..
x menjamin syurga pn..

hebat betul pemikiran dia. tak sanggup aku nak ulas. macam looser gila kot. tapi ingat lah, yang tak pakai tudung dijamin neraka. paham? aku bukan nak cakap yang aku ni perfek sangat. aku tak cakap yang aku ni dijamin masuk syurga. cuma aku nak kau tahu yang kau kena pakai tudung, tu aje. 

kau jangan lah nak timbulkan soal-soal hidayah pulak. hidayah tu dah ada dpan mata kau. cuma kau je yang tak mau hidayah tu masuk dalam hati kau. aku dah ajak, kau taknak. aishh. bila nye hidayah tu nak datang betul-betul kalau kau sendiri tak pergi carik? nak tunggu malaikat mencabut nyawa datang ke? tak en...

lagi satu, jangan lah cakap kau tak ready. jangan lah cakap kau tak tau nak stat bile. kalau bukan nak stat sekarang, nak tunggu bila lagi? nak tunggu cucu cicit kau ajak kau pakai tudung ya?  buat malu status nenek aje.

aku harap kau terbaca entri ni. maybe ayat aku macam kasar-kasar sikit, tapi aku sayang kau. kau kawan aku dan aku sayang kau.  ingat tu

10 pewaris bangsa mengkomen:

nemesis3891 said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

T.T

tacing aku dengan entri ni peyuz. aku nak letak kat fb. hahaha.

tadika islam~ woot woot~ samala kita. haha.
cuma aku tak main dgn telekung mak aku.

MUJA said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

nk tumpang share :)

hilmi said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

:)

chencheung said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

aku pon menyesal tak penah ckp kt dia sekali pun pasal tudung. tp anyway aku slalu ajak dia puasa. hahaha

edoraemon said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

to abrar :bongek lah abrar kalau ko main telekung tuh dah terlebih comel.

ps : nice entry.

alief_kaizer said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

hha... kt dunia luar x seperti yg disgkakan peyuz... kagum dgn ko ad kekuatan yg dhsyat nk bang orang tu...

lagi2 kawan... mantap peyuz!

p.e.y.u.z.. said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

ala aberar.baru nak tacing sekarang ke? dulu tamau tacing2 pulak. hahaha

muja : ok je ;)

hilimi : ok aku senyum balik ;)

chenceung: kalau puasa tapi atas taknak tutup, same je kann

alif : aku syg die la. dia nak sangat jaga personaliti kebandaran tu.rilek-rilek sudah.die kawan aku la..sayang kot sebab dia baik, tapi atas tak tutup

tengs emon

ASYRAV said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

yg pakai tudung x conform baik,yg x pakai tudung conform2 tAK baik

p.e.y.u.z.. said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

entah la acap oi.maybe sifat dalaman orang tak pakai tdung tu baik dan luaran je macam tu.mungkin die rasa lagi bebas kalau kepala tak bertutup. nak tunggu orang tutupkan time pakai kain kafan agaknye...

razni said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

waa.. suka sgt entry ni.. mintak share tau...