Monday, March 14, 2011

sedikit nasihat untuk kawan-kawan


pernah tak ada makhluk-makhluk lelaki mintak gambar korang (soalan ini ditujukan kepada perempuan ye). mesti ada yang pernah kan. even aku pun pernah buat suatu masa dahulu disebabkan kejahilan yang masih membelenggu diri. eh, aku bukan saja-saja nak promote yang aku ni hot sampai ada orang mintak gambar. bukan-bukan. ni yang aku nak cerita ni.

tahun lepas, aku pernah la berkawan dengan seorang lelaki yang majoriti prempuan kata dia handsome. handsome bagi diorang, tapi tak bagi aku. aku bukan berkawan dengan dia sebab cinta ke apa, tapi aku kawan dengan dia sebab dia selalu buat tutor dan siap kerja. kita kena la ambil kesempatan jugak kan.haha

suatu hari tu, dia ada mintak gambar aku. katanya nak buat kenangan sebagai kawan rapat. tapi, konpem-konpem lah aku tak bagi sebab aku tak percaya sangat dekat laki tu. takut je kalau gambar aku kena mandrem nanti. korang tahu dia cakap apa kat aku.

"itulah perempuan. kalau kawan sendiri mintak gambar taknak kasi. kalau letak kat facebook, nak tunjuk muka dekat semua orang, tak malu pulak"

peng peng! tertusuk tepat dekat sanubari aku. lantas aku pun bukak facebook untuk melihat balik gambar-gambar yang aku letak kat facebook. serius memang ade lah gambar wajah aku sebijik sebijik untuk profile picture. kalau kita tengok picture tu balik ikut saiz asal,memang besar lah. separuh dari saiz skrin laptop agaknye. boleh kira jerawat aku ada berapa. boleh kira bulu roma agaknya. boleh ukur kebesaran biji mata aku. lepastu baru aku terfikir, apa niat aku sampai perlu letak gambar besar macamtu dekat facebook.

aku takde niat lain pon. melainkan aku nak menjadikan gambar tu sebagai profile picture. facebook suruh letak profile picture kan, aku letak lah. aku tak sedar pon yang benda itu akan membahayakan diri aku sendiri. boleh jadi je kalau orang tu jeles dengan aku, dia photoshop gambar aku lepastu buat untuk benda yang 18sx kan.boleh jadi je kalau orang tu gila bayang dekat aku, dia mandrem gambar aku nanti. korang ada terfikir tak?terus aku delete pic-pic yang macam tak patut.kalau korang sayang, buat private je pun dah cukup.

masa aku pergi pertandingan busana muslimah dekat kolej haritu, budak-budak masjid ada siarkan macammane profile picture tu boleh menaikkan nafsu lelaki. macam geli je bila tengok grafik lelaki-lelaki tu menganga sambil usha facebook perempuan-perempuan yang suka tunjuk muka besar-besar. ada jugaklah diorang tunjuk beberapa contoh blog yang suka tayang muka besar-besar. nasib baiklah aku tak femes dan tak cantik langsung. kalau tak mesti blog aku tersenarai sekali.


bila fikir-fikir balik, memang tak patut pun kan tayang muka kita kat orang-orang. aku rasa, cukuplah tayang kat suami kite aje nanti. tahulah muka cantik, boleh la nak bangga-bangga. kalau tak cantik, sorok jelah. ayat ni ditujukan kepada aku sendiri. aku tak mengata sape-sape pon ok.


ramai orang salahkan facebook kalau ada masalah tak senonoh yang trjadi. ramai orang salahkan facebook bila dorang dibuntingkan oleh mamat tak bertanggungjawab. sila berubah dan tolong salahkan diri sendiri ok. jangan libatkan mark zuckerberg sekali sudah.



3 pewaris bangsa mengkomen:

Norashikin Abdullah said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

like :)

Miss Mus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

alhamdulillah.. nice2.. suke awk.. ade gak sy wat entry pasal busana muslimah.. hrpnye awk x ter'kena' lah ye..ngehe.. ^^

Syakir said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

betul saya sokong 100% :)