Saturday, March 19, 2011

gelak-ketawa, tampar menampar, cubit-mencubit---kekalkah mereka?

assalamualaikum. dengan bersaksikan matahari yang tinggi memacak di atas kepala, kelihatan sepasang manusia sedang belajar bersama-sama.dah sepasang, mestilah sang kumbang dengan sekuntum bunga. mungkin sedang belajar kot. yelah, final lagi 2 minggu je. sekejap tersenyum, sekejap bergelak ketawa, sekejap tampar-menampar, sekejap jeling-menjeling. aduuuhhh...

mungkin dah ditakdirkan pasangan ini untuk bersama. dalam kuliah duduk sebelah, bolehlah jeling-menjeling lagi. malahan mereka sekelas. so, mungkin tiada barrier antara 2 makhluk ciptaan Allah ini untuk bersama. kelas start dari pukul 8.00 sampai 5.00 petang. mereka masih bersama. selepas itu, disambung pula ke cafe untuk makan bersama. jeling-menjeling lagi. eh.aku bukan stalker ye, tetapi kebetulan aku berada berdekatan dengan diorang.

waktu petang seperti biasa, aku bersukan sikit untuk mengempiskan segala lemak yang ada pada aku. entah macamana, pasangan itu kulihat tengah berjogging bersama pulak. terbit keCURIOUSan di hati aku. bila pulal budak-budak ni nak sembhanyang asar. eh teruknya aku pikir negatif macam tu.  macam biasa, mereka gelak-menggelak, cubit-mencubit. aduhhh..

dan pada waktu malam, dikala aku terpaksa pergi ke koperasi untuk mencari sebatang pen untuk aku melangsaikan homework aku yang bertimbun, masih kelihatan lagi pasangan ini bersama. menikmati aiskrim di bawah sinaran cahaya bulan yang samar-samar. tak nampak pulak orang ketiga bersama diorang tu.  mungkin dikiranya itu suasana yang romantik. aduuhhhh....

tujuan aku bercerita pasal benda ini bukan sebab aku jeles dengan keintiman pasangan itu. bukan-bukan. cuma aku takut, keintiman mereka ini tidak akan berkekalan. andainya ditakdirkan si kumbang berjaya masuk ke dalam syurga, berjayakah dia membawa si bunga sekali untuk bersama selamanya dengannya? bolehkah mereka meneruskan aktiviti-aktiviti romantik mereka di dalam syurga nanti? aku tak tahu. cuma aku doakan pasangan ini kekal bersama sampai ke syurga nanti. kalau dah tak boleh sangat, kahwin sajelah. takde sape nak marah.

begitulah manusia. masa yang diluangkan bersama kekasih lebih lama dari masa bersama tuhan kita. memang terasa sekejap je bila dapat bersama dengan orang tersayang untuk jangka masa 2-3 jam, tetapi bila duduk di atas tikar sejadah, apa rasanya? kalau boleh, taknak lebih dari 5 minit kan. cara manusia menyanjung kekasih tu kadang-kadang lebih taksub berbanding tuhan sendiri. macam boleh je kekasih kita tu bawak kita masuk syurga. macam boleh je kekasih kita tu backup kita masa dapat siksaan api neraka nanti. macam boleh je kekasih kita tu tolong kipaskan api neraka yang maybe akan membakar tubuh kita kelak. itulah kita. manusia yang selalu lalai.

teringat kata-kata seorang profesor. kalau isteri berjaya masuk syurga, insyaAllah suami pun akan masuk syurga. tetapi kalau isteri masuk neraka, konfem2 suami pun akan masuk neraka sebab tak dapat bimbing isteri (minta maaf, ini kata-kata yang lari skit dari tajuk)




11 pewaris bangsa mengkomen:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

hehehe bagus peyuzzz , :) goodluck study for final :)

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

aiman kau tu pun nak final. main je keje kau en

fikrahuddin said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

gud luck utk final...

aku doa peyuz dapat kawin cepat. hehe

Anonymous said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

hehehhe memain lah dulu :) hihi

Mohd Zaid said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

like

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

abrar: aku dh rancang.kawin time 27 nanti. lame lagi tuuu

aiman : kalau belaja awal2 nanti cepat lupa kannnn

zaid : tengs ;)

alief_kaizer said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

salam peyuz...
nampak bebenor ada hikmah ko ditakdirkan utk melihat psngn itu dr pagi smpai ptg...

hha, sbb ad kaitan yg ko nk post ni..
(x nmpk lgsgkn hha..)
btw, nnti kahwin jmput la ktorg...
sure budak phalanx kasi ggar!

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

ala alip.entah2 kau yang kahwin lagi awal dari akuuuu..wek wek

hamzah ian said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

cantiknya gmbr kawin

Anonymous said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

hahahaha ye lah cepat lupa .why not beusaha dah :p

peyus said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

aiman,kau rajin...aku kurang