Sunday, February 20, 2011

alangkah gumbiranya hati aku apabila lecturer tak datang selama 2 jam!

haha sekarang tengan kelas ict. macam best je sebab tadi lecturer tadi ade call, pastu suruh masuk kelas dahulu. ala lecturer aku ni pon, kalau tanak datang cakap jela. toksah malu2 la bagai. kitorang open minded la sir.

aku rase sume orang suke kot kalau lecturer tak masuk kelas. aku rase jela. taktau la kalau ade wujud manusia yang SUPER SUKA GILA BELAJAR kat dunia ni. selama aku hidup ni, macam tak ramai je spesies macam tu. kalau lcturer tak masuk,muka sedih sebab nak belajar sangat. kalau anda orang2 yang macam ni, aku nak ucapkan syabas bebeh! syabas!

lepas ni, kalau ada orang suroh aku isi biodata ke,pastu tanya apa fevret aku, aku nak cakap, "time lecturer tak masuk kelas". heaven nye kan. heaven buat masa ni jelah.nanti bile dah dekat2 prekse,baru la macam tenuk tertelan tahi sebab silibus tak habis lagi.

ok. dan sekarang, aku nak buat imbas kembali. nak imbas di saat aku form 4 dan form 5 dulu. aku taknak cakap psal form 3 sebab time tu aku 3 jf. mase tu lah aku dikelilingi oleh manusia2 yang rajin gila lah seperti alif faisol, zayed, dan banyak lah lagi manusia. masa tu kalau nak tido2 pon segan sebab budak laki pon tak tiur sangat except ali yang suka gila tidur belakang langsir.haha

mase form 4 form 5 barulah aku reti erti belajar lenggang kangkung. maksudnye,belajar sambil tidur-tiduran.heaven nye.memang heaven sampai addmath selalu dapat markah dalam range 40-50 je. kira hebat la tu doh. jangan lah nak compare dengat tutu dan syidong yang selalu dapat 97 tu.

mase tu jugak entah apa penyakit kita orang memang tak suka subjek kimia dan fizik. rasa nak cucuk2 otak bila lebih2 lagi dah sampai time fizik . fizik itu aku spesifikasikan sebagai seketul subjek merepek yang macam membuat aku annoying gila,seyes annoying( masa tu jela ). lepas habis belajar, ade la manusia2 yang suka masuk bilik suis sebelah 4DS tu lalu jerit ramai2 macam mahyun. tensyen lah konon. last2 kena pulas dengan cikgu shaja .padan muka mereka.hihi

cakap pasal cikgu shaja ni, teringat la pasal peristiwa kanak kanak yang bertajuk TERKINJa-KInja yang kita orang buat time 2 jf dulu.mase 2jf,pompuan 20 orang. laki 10 orang. memang hancus la kelas sebab perempuan yang dok situ sume mulut kepoh-kepoh especially naden yang garang gila tahap babun. entah mane salah kitaorang sampai dikatakan macam monyet yang terkinja2 sampai lambat masuk lab sains. aduhaiii. mase tu larat nangis jelah. kena piat2 lagi. takpe,dah biasa kena marah dengan cikgu shaja. kalau cikgu tak piat, rasenye aku jadi degil samapi besar kot. tengs lah cikgu.

eh sebenarnya aku nak cerita pasal kelas fom 5 la tadi.entah kenapa, classmate aku suka sangat tidor. lagi2 waktu BM dan waktu cikgu tak masuk kelas. dah memang hobi.  bajet je ade heater ngan kopi supaya tak ngantuk. last2 ngantuk jugak. pigidahh! ditakdirkan jugak kelas ds ni letaknya di sebelah bilik guru. setiap kali cikgu2 nak lalu, mesti nak ngintai sebab nak tengok budak2 ni tido. tido, tido, tido. kan bagus kalau letak kelas 5jf kat situ. sejuk lah sikit hati cikgu2.takpelah, yang raja tidur tu jugaklah yang jadi tokoh pelajar cemerlang.

kesimpulannya, tidur lah masa cikgu takde dalam kelas.










5 pewaris bangsa mengkomen:

zayed said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

bila mase plak aku rajen... HAKU PEMALAS KOT!

Norashikin Abdullah said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

bestkn tido dlm kelas..hehe

peyuz said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

ele ele zaid. zaid star. pemalas hape pulakk

ooo.rupenye ekin pon hantu tido. tak senonoh do. naseb baek dpt g ovesi.hahha

Jawahir Madeaming said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

kalau aku dpt markah 50 utk addmath bagi aku dh cemerlang....hahaha...

peyuz said... Best Blogger Tips[Balas balik]Best Blogger Templates

memang 50 dh cemerlng. kalau dapat 60 mcm nak pengsan je