Saturday, February 23, 2013

Al-fatihah untuk Arwah Fizi

A-fatihah ini disedahkan kepada Muhamad Hafizi Jasni yang kembali kerahmatullah petang tadi sebab kemalangan.  Semoga dapat membantu meringankan beban.

Ajal memang tak mengira masa,umur, tempat, mahupun pangkat. Ye memang betul. Arwah Fizi aku kenal since masa junior Airforce dulu. Masa tu kitorang team markas tek. Aku, Faizol, Syawal, ngan Arwah Hafizi. Kerja nak bergaduh je sebab aku ngan Syawal pemalas, maka arwah selalu marah2 kami. Ada satu malam tu hujan lebat, markas tek ada satu khemah je, terpaksa berhimpit tidur dalam khemah yang hummm nauzubillah lecah sana sini. Masa aku terjaga tu memang bunyi dengkur kentut semua berlaga2. Tak guna punya markas tek. Orang lain sentri,kita tidoqqq

Tapi sekarang Arwah Fizi dah takde. kehilangan arwah dirasai walaupun kami berlainan universiti (arwah UIA,aku UiTM) sebab arwah antara yang paling banyak mulut,paling ceria,dan antara Sarjan dalam intermediate. Next annual camp time senior nanti, takde sape nak marah2 ngan usik2 kami dah.

Al-fatihah. Semoga rohmu tenang disana Fizi. Aku takpernah ada dendam denganmu Fizi.






Thursday, January 3, 2013

Jauh Perjalanan, Luas Pengalaman #2

At first, dorang Sya bajet2 dari Sek17 pegi KLIA around 45minit je. Aku mana tahu jalan, so aku ikut jela dia. Mak oyyyyy, ni first time aku bawak moto pagi2 buta ni oyyyyy. Ikut nasib lah, kalau jalan tu ada lampu, selamat la. Kalau takde lampu, selamba katak masuk dlm lopak2 sebab tak nampak. Belum lagi dengan mat2 moto yang kat jalan. Dok hon2, dok hon2, cari masalah betul. Tapi dalam hati doa jela, jangan dola dorg kacau perjalanan kitorang. Dahla tengah emergency, peremuan je pulak tu.Ya Allahmintak dijauhkan dari bahaya.

Tup tup,gerak dari Sek17 pukoi 3.20, pukul 5am pun tak sampai lagi. First time jugaklah Ego S aku kena bawak dlm 100km/h ++. Biase moto kecik tu aku bawak around 60 je tau. Laju benau sebab moto lagi satu kat depan laju gak. Kena keepin track. Asal bawak 80 je mencicit Lagenda tu tinggalkan aku. Tulah silapnya kot...Hati tak sedap je bayangkan kalau tiba2 jatuh time tengah2 laju macamni.

Tiba2 ada satu masa tu,lalu kat jalan bermotor yang takdak lampu tu. Dengan 120km/h, tiba2 ternampak moto depan brek. Entah kat mane silap aku,dekat sangat agaknye,nak mengelak punya pasal,aku terbrek depan. Kebetulan masa tu jalan berpasir. Memang jatuh tersembam. Sedar2 aku dh terjatuh lalu tersagat ke depan, Hani dah tercampak dah ke kiri. YA ALLAH masetu tak tahu ape nk jadi. Alhamdulillah aku ngan Hani selamat. Tapi aku dok risau moto sebab moto tu bapak aku baru belikan 3bulan lepas.Tak basuh lagi Tak usik ape2 lagi. Try naikkan moto, tapi sedihnyeee tayar die dh tersangkut. Tiba2 rasa pedih o kat tangan semua. tengok2 kat tangan ni dh terkopak2 dah kulit. darah dok menjejeh je. Selak baju sampai ke siku,bersagat habisss penuh. kat pinggang lagi. Raba2 lutut,darah lagi. Tiba2 rasa air kat siper. Luka lagi. Pastu tengok Hani. Lebih kurang je dengan aku. Tangan kaki semua luka.. Nak duduk tak boleh,pedih ya amattt.

 Dalam 5 minit, aku tak tahan dah. Sya dengan Ju dok sepak2 motor tu kasi boleh jalan Hani sibuk call kawan2 soh tolong.Nak tak nak,aku baring kat tepi jalan sebab luka2 tu semua memedihkan aku. Ya Allah dengan sejuknya,baju seluar sume koyak,tangan kaki pinggang semua sakit macam kulit kena siat2, aku mampu cakap Ya Allah je. Hani dok tenang aku,soh mengucap, soh zikir. Aku try tenangkan diri,mengucap sambil nangis2. Kalau Allah nak amik nyawa aku mase tu pun aku pasrah. Sebab,aku rasa pedih sangat2.Sa dengan Ju pergi panggil teksi. Time tenga baring tu aku denga azan Subuh. oo baru aku tahu pukul bape masetu.

Around 20mnit lpastu, baru teksi datang. Terus bawak pegi Hosp Putrajaya. Alhamdulillah hospital tu around 5 mnit je dah sampai. Terus pegi daftar kat tempat kecemasan. Malunyaaaa dengan muka aku besar sebelah sebab spek macam terangkat sikit,baju koyak, tangan koyak2.. Terus bawak masuk dlm wad.

Paling kesian kat Hani la. Aku buat dia sudah jatuh,ditimpa tangga. Dahlah tengah nak cepat,nak balik Terngganu,jatuh motor pulak. Takpelah. Tu semua takdir dari Allah kan.

Kat hosp,amik xray dan cuci je. Yang lain semua luka plus muka kiri bengkak dan kembung,pakai tudung tak muat dah. Hani selamat dah balik Tganu naik flight. Sya dengan Ju sabar tunggu aku keluar wad ngan tunggu moto pergi bengkel. Seriously tu hari yang aku takkan lupa. Jatuh moto for the first time. Orang kata selagi tak jatuh moto, selagi tu belum dapat lesen moto. So now,aku dah ade lesen :)

Thanks Sya dengan Ju sebab bersusah payah untuk aku. Thanks skuad Airforce yang tak jemu datang melawat,dok temankan aku kat bilik ,dok bagi aku makanan setiap mase. Thanks Syawal sebab sanggup mandikan aku hhe. Thanks clasmate yang sangat ambil berat. To Hani, harap bersabar atas semua yang terjadi.Allah lebih sayangkan arwah. Setiap sesuatu itu pasti ade hikmahnye.


Monday, December 10, 2012

Jauh perjalanan, baru ada pengalaman #1

8 DISEMBER 2012
Hmmmmm harini Sukan Antara Fakulti (SAF) start. Memandangkan bilik aku berhadapan dgn Pusat Sukan,memang sentiasa dengar lah budak2 dok cheer fak memasing. Diselang selikan dengan bunyi wisel ref. Memang bingit haritu. Lalu Sya ajak aku makan luar kat Sek7. Rasanya tu hari last aku makan sambal udang.

Weekend kan. Memang keje dok lepak,gelak2,layan video Korea,hafal Bel sbb nak present hari isnin ni. Fuhhhhh mmg ni 1st time weekend aku takde aktiviti. Tapi biasela.Orang tua ade cakap,jangan banyak gelak, nanti nangisss~~

9 Disember 2012
2.00 am
Masetu tenga baring atas katil,dok scroll TL Twitter lepas buat lab report. Scrol,scroll,scroll, tetibe Hani teresak-esak. Dia dari tadi memang tak tido. Dok pegang henset macam aku jugak.

"Pey, Jambu dah takde..............."

(Pey adelah aku. Hani adelah rumate aku. Jambu adelah bf Hani)

Aku macam,

"Haaaaaa.. Ape ko cakap ni wehhhhhhhhh"

Hani masetu dah menangis teresak-esak. Aku try dekat kat dia. Aku peluk dia, tenangkan dia. Aku pun meleleh sekali. Ujian mu Ya Allah.. After a while, baru tahu Jambu eksiden around Maghrib tadi otw balik Tganu. Hani mntak aku hantar dye pegi stesen bas Sek17. Aku tanya dia banyak kali, betul ke keputusan dia ni. Nak pegi sorang2 pagi2 buta ni. Bahaya bahaya. Tapi dia nak pergi jugak sebab nak tengok arwah buat kali terakhir.

Lalu aku kejut Sya dengan Ju, mintak teman kitorang sekali pergi Sek17. Dengan suar track suit ngan baju tido, terus je ktorang sarung sweater ngan ssiper jamban pegi sane. Tak lupe lesen ngan student card. Tapi bile je sampai situ, malangnye bas mmg takde pagi2 buta ni. Ade la beberapa hamba Allah yang mengaku dia tu polis dan nak hantar Hani straight to Tganu tp kena bayar around RM250. Dahla tak kenal,memang tak mahu lahh.

Ya Allah masetu mmg taktahu nak buat ape. Bas esok pukul 9.00am. Memang tak sempat sebab nak kebumi arwah lepas SUbuh. Lalu Sya cadangkan Hani naik flight. Lebih cepat sampai. Entah macamane,mase tu fikir pasal KLIA je. Tak terfikir pun psal Subang yang lagi dekat tu. Maka,pengembaraan bermotor dr shah alam ke KLIA pun bermula.

Berita pasal arwah>>>

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/penuntut-maut-rakan-parah-1.111175 

To be continued~

Sunday, September 2, 2012

Cara Survive di Matrikulasi

Hye guys. Boleh kot usha link ni mengapa-saya-memilih-matrikulasi.

Kadang2 aku rajin jugak tengok key yang orang guna bila sampai sampai blog aku. Biasanya orang carik pasal matrik. Disebabkan oleh entri bangang Tips 4flat inilah orang-orang jejak ke blog ni. Alahai bila baca balik macam ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Ramai kawan aku yang tersangkut kat tengah jalan di matrik,amik diploma balik. Dorang ni pandai2. Tapi mungkin sebab jadual belajar yang pack dan kehidupan yang sangatttt asrama,dorang amik jalan lain. Rezeki mereka mungkin lebih baik di sana. Tengok TuanMuhamadAdli. Dean list kottttttttt.

Aku ni kira first batch Kolej Matrikulasi Selangor. Time baru masuk tu,aku bajet2 ni matrik paling cantik dan moden ah sebab baru. Cantik mmg cantik,cuma dewan dia panas. Tak cukup bajet agaknya nak pasang aircond. KMS ni pada mulanya tak ade tempat lepak langsung. Tempat study time malam2 pun takde. So kebanyakan student lepak depan koop dan study kat masjid je.

Aih name pun student baru. Time tu memang semangat meluap2 ah nak belajar. Lebih2 lagi banyak silibus matrik ni kebanyakkannya dah belajar time SPM. Lagi2 matrik ni saling tak tumpah macam asrama penuh. Kalau outing,start pukul 5 sampai 7pm je. Kalau lambat,adalah habuannya.No rokok.Kalau study boleh sampai 11 pm je. Kalau lebih2 nanti pakguard halau. Belajar hari2 8am sampai 5pm. Wajib berbaju kurung,bertie,suar slack,yadaa yadaaaa.

Pendek kata,sape nak kehidupan free selepas SPM janganlah amik matrik. Walaubagaimanapun,most of budak matrik yang lepas matrik perform well kat IPTA. Orang cakap lah,aku tak cakap.

So now,ini tips yang aku rasa boleh bantu student yang sesak kepala bila duduk matrik. Nak score, tapi memang susah nak dapat score yg kita target. Ni tips simpe untuk survive,bukan skor 4flat. Kalau kau nak 4flat,senang je,fokus dalam kelas,jangan ponteng,jangan lepak. Kalau rasa diri tu malas, kau faham fahamlah.

1-STUDY GROUP

Bnda ni penting. Kena pandai pilih partner stdy group. Janganlah pulak kau pilih orang yang kau suka atau admire. Nanti nak bertanya soalan,kau malu malu tahik kucing. Nak berbincang,kau segan segan tahik kambing. Tak guna pun buat study group. Pilih partner yang kau rasa kau boleh kentut sesuka hati depan dia. Bia takde rasa malu dan segan silu nanti. Biasala orang sekarang. Segan nak tanya sebab nampak noob sangat nanti.

Lagi,pilih partner dari praktikum lain. Nanti maybe korang akan dapat faham sesuatu dengan cara yang simple dan lebih mudah. Kalau dari kelas sama, susah jugak. Dulu, aku dapat lcturer cina yang ajar hydrocarbon chemistry. Sesak gak ah kpale sebab dia ajar ikot sedap dia. Sesape yang taknak pening kpale memang takkan masuk kelas tu. Alih2 roomate aku gak yang kena ngajar aku.

Disamping itu, kalau esok ade test or quiz,suroh kawan study group tu terangkan apa yg tak paham. Takkan lah kau nak baca sendiri pulak kan. Memanggggg mengantok dan makin tak paham lagi adelahh. Tapi kalau takde groupmate yang terer certain2 subject tu, kau boleh target terus kat orang yang memang terkenal dengan kepandaiannye. Kau suroh je dia aja dengan ayat "Weh boleh tak tolong ajar blablabla. Takbaik doh kedekut ilmu". 

Kawan kawan sekentut.


Study group memang lah study group. Tapi janganlah kau setiap malam nak buat study group. Bosan kot nanti. Buat bila perlu je. Contohnya bila tetiba dapat assignment math yang banyak gile. Atau bila esok ade tutor fizik and lecturer nak point sorang2 suroh buat kat depan.

2- KERJASAMA DAN SALING MENOLONG

Ade crtain orang yang bila buat exam sengsorang,meja jarak2,keadaan senyap sunyi,dia akan jadi gelabah gelabah ayam. Blank bahasa englishnye. Padahal dia boleh je buat bila time study group. Untuk benda2 camni,kena prepare awal2.

Disebabkan jadual yang pack sepack2nye, maka mesti ada student yang akan ponteng kelas. Aku selalu buat dulu. Tapi janganlah kau ponteng time ade quiz ke ape. Mintak tolong classmate inform kalau ade quiz sebab biasenye quiz ni mengejut. Ikut sedap lect tu je nak bagi bile. Kalau tak sempat prepare pun jangan takut. Pandai2 lah kau duduk sebelah budak2 cina. Janganlah kau tersalah duduk. Takut terduduk sebelah orang yang pandai tapi kedekut dan tak bagi tiru.

Sama jugak bila esok kau ada tutor. Contohnya tutor calc. Soalan banyak gila tapi kau takut tak sempat siapkan. Pandai2 ah divide dengan clasmate. Hish ni pun aku kena cakap ke. Mana2 soalan yang korang rasa korang tak reti,terus bulatkan. Boleh tanye kat lect esok time discussion. Bosan pulak lect tu nanti sebab semua soalan korang reti buat.

Tapi kalau dah tak sempat sangat,digalakkan pinjam tutor dari roomate mahupun levelmate. Nak berjaya ni,kena ada usaha sikit. Meminjam tu pun salah satu usaha. Kau janganlah dah tak siap, pergi kelas dengan tangan kosong.Nanti clasmate semua dok bincang dengan lect, kau duduk melangut hak hik huk tak tahu ape. Zero output=Zero input. Baik kau ponteng tido dalam bilik kalau taknak belajar.

3-MIND MAP

Mungkin agak kebudak-budakan sikit tapi mind map serius sangat membantu. Aku ni memang jenis pemalas tahap kambing bila kena buat mind map. Tapi, pmbelajaran aku banyak bergantung kat mind map. Dulu masa SPM aku beli buku mind map kaler2 yang dah siap tu. Zaman matrik mana ada jual buku2 tu dah. Kebetulan lecturer fizik and math aku mmang kaki mindmap. Arh name pun Fizik dgn math, formula panjang berjela. Celah mana nak hafal weh. Dah ar tak provide formula time exam. Assignment ktorg setiap kali lepas habis satu chapter adalah buat mindmap. Assignment tu tolng carry mark dooo. Memang ar kena buat. Biasanya lecturer math aku preview lecturemate aku punya mindmap. Mane yang terpelik dan tercantik. Memang best ah.

Pada awalnye,aku rasa bodo-bodo je buat mindmap tu. Tapi nanti bila quiz or test, menggelabah tenuk nak carik mindmap tu kat mane. Sumpah sangat membantu. Time baru2 berjinak dengan mind map tu memanglah rasa nak salin semua. Tapi bila dah lama2 nanti okay lah.

Kalau rajin buat mindmap,ko buat ar sgsorang. Tapi kalau malas, macam biasa divide ah sesama groupmate ataupun clasmate. Sorang buat satu. Kalau nak hebat,pakat ah satu lecture hall. Setiap praktikum buat subjek berbeza. (weh aku tak terfikir pun idea ni masa matrik dulu).
Jimat masa kotttttttt..

bersambung di lain hari....





Wednesday, August 29, 2012

Bosan.

Sekarang,aku kembali kepada kehidupan asal sebelum raya. Duduk melangut kat rumah. Kesunyian tanpa hilai tawa adik-adik yang semuanya ke sekolah. Takkan la aku nak main dengan nenek aku pulak. Kalau umi ajak jalan2, aku malas nak mandi tapi takkan nak menghampakan umi pulak kan.

Kerja? Bukan taknak kerja,tapi cuti kan time puasa dan raya. Heyyyy busy kot kalau kerja time2 puasa ni. Pengalaman lalu mengajar aku. Shif sampai 6pm,tapi terpaksa extend sampai 10pm. Masa tu takboleh cuti sebab dia akan potong double kalau amik cuti. Pastu diwar-warkan pekerja Islam dapat bonus RM400 untuk raya. Aku yang time tu memang nak berhenti sangat termakan dengan pujuk rayu dan janji mereka yang kalau aku kerja boleh dpat bonus. Tuptup lepas abis kontrak (cewahh), habuk pun tarak. Gila! Taik idung masin! Memang takde sape nak kerja kat kedai tu lagi! Tengok ah nanti. Bila aku gaji besar, aku beli kedai kau!

Eh,enoug enough. Lepas ni kerja lain pulak ye. Jadi cleaner orang cakap okay jugak gaji dia. Aku tersembang dengan makcik2 ni,cleaner dekat KMS gaji dalam RM700++. Okay what. Cuma badan mesti cepat sakit2 sebab banyak wat kerja pembersihan. Aku ni da ar kurang kalsium. Everytime rukuk,lutut mesti bunyi KRIUK KRIUK. Asal buat regangan sikit je,KRIUK KRIUK mengalahkan umi aku.

Sekarang da 30 Ogos. Aku kena daftar kolej 5 Sept. Banyak lagi masa untuk aku buang time cuti ni. Muehehe sat gi nak pegi baking naaa.

Bosan.