Showing posts with label lain-lain hal. Show all posts
Showing posts with label lain-lain hal. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

takde tajuk

semalam masa pergi pasar, aku ngan umi aku terserempak dengan seorang perempuan kurus, baju biru sendat, tight putih, tudung ada bonjol unta besar kat belakang ngan kasut tumit tinggi jalan tergelek-gelek. aku buat muka biasa jela sebab dah biasa jumpa bonjol unta macam tu. dengan tight jaraaang lagi. umi aku punye la super excited. dia kata perempuan ni macam badut. fesyen tak kena tempat. haha padan muka kena kutuk dengan umi aku.


aku pun setuju jugak dengan umi aku. pakai tudung tapi pakai tight buat ape. eh bukan tight la gelabah, legging laaa. dan lagi satu aku tak faham kenapa la ada orang letak bonjol unta macamtu kat belakang rambut. tak rasa rimas tahap petala kelapan ke?lantas lepastu aku tanye kat ayah aku, ape respon dia kalau aku pakai macamtu?


dia cakap, 
"pakailah. nanti habis bapak bakar"


"bakar kite ke bakar baju?",kate aku.


"bakar dengan kau sekali. sebelum kau kena bakar kat neraka, better bapak bakar kau dulu"


takutnyaaaaa!


pakai legging? eeeeeeee tak selera aku. macam bogel je.




nak mintak tolong boleh tak?














humm perhatikan gambar di atas. and then tolong tutup muka si heliza ni. and imagine kan dengan muka aku ni. apa pandangan korang? okay tak? ke rasa nak lempang sampai pengsan? ataupun rasa nak muntah sebaldi? ataupun rasa macam nak kahwinn dengan aku?


menggelabah punya soalan.ahh biarlah janji aku happy :) 











Friday, April 29, 2011

jom beli Panthera !

memandangkan duit elaun aku ade la sikit baki, moleklah kalau aku gunakan dia untuk beli  benda berfaedah macam beli jersi Panthera. tahu tak Panthera tu menatang ape? kalau tak tahu, nampak sangat tak alert dengan isu semasa. tak baca berita ape..


btw, panthera ni jersi yang TM lancarkan untuk Team Malaysia. Team Malaysia ni pulak supporters untuk semua atlet Mesia. tak kisahlah sukan apa pun dan tak kisahlah supporters sape pun, so macam nampak bersatu kalau semua pakai jersi ini. THE SPIRIT OF TIGER katenya...


sila lah klik gambar kalau nak tengok besa-besa

memang familiar jersi ni sebab dulu-dulu just atlet yang pakai. and now, dia dah open kat semua orang. harga dia ok lah, dalam RM79.90. tapi kalau nak lagi murah, sila beli online ye. sila klik sini kalau nak Panthera berharga RM69.90. jimat RM10. mungkin agak molek bila kita boleh support atlet Mesia yang main kat oversea sambil pakai baju ni. dan molek jugak untuk sape-sape yang tengok Man United secara live kat Old Trafford tu pakai jersi ni. nak promote Malaysia lah katekan.


alhamdulillah, aku dah beli pon malam tadi. tak lame lagi sampailah kat pagar rumah aku tu :D




Saturday, March 5, 2011

Lafazkan kalimah cintamu----ah!! Sedihnya!!

hari ni hari ahad. biasanya mesti la nak bangun pagi pukul 11.00 en. tak masyuk ah bangun awal awal! takde life do! hua hua

aku suka je tengok orang susun novel banyak-banyak dalam almari. macam semat je. lepas tu aku jeles lantas aku terus beli novel banyak-banyak jugak. tapi malangnya, aku tak baca langsung novel-novel tu do! memang..memang aku suka buang duit ke arah yang takberfaedah. jangan ikut aku ok.

aku tak nak baca novel aku, tapi aku nak baca novel orang. ok kepada sesiapa yang dah lame tak nangis, sila pastikan korang baca novel ni. novel ni jugak disarankan kepada lelaki-lelaki yang ego tahap dewa punya. aku nak tengok korang leleh ke tak. memang berbaloi ah korang baca novel yang mukasurat dia 800++ ni. 

memang sejujur-jujurnya aku cakap, novel ni buat aku nangis berkali-kali. eh salah, bukan berkali-kali, tapi berbelas-belas kali. bukan nangis biasa yang boleh tutup-tutup dengan bantal, tapi dah sampai tahap bunyi kuat-kuat. bapak lah tak macho aku ni do.

aku taknak ah cerita sinopsis dia. tak surprise ah. beli sendiri, baca sendiri, nangis sendiri. 

Wednesday, March 2, 2011

saya seorang wanita yang ingin berubah

mulai hari ini, saya nak jadi seorang wanita yang lebih baik dari semalam.


saya nak jadi wanita yang disayangi Allah.


saya nak jadi wanita yang luhur hati budinya.


saya nak jadi wanita yang sopan pekertinya.


saya nak jadi wanita yang tidak bercakap kasar.


saya nak jadi wanita yang boleh membanggakan ibu ayah saya.


saya nak jadi wanita yang boleh memberi contoh kepada adik-beradik yang lain.


saya nak jadi wanita yang boleh memajukan bangsa dan agamanya.


*minta maaf ye mak dan ayah sebab selalu tak dengar cakap........