Showing posts with label aku dan perempuan-perempuan. Show all posts
Showing posts with label aku dan perempuan-perempuan. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

#masalah 1-belajar


kadang-kadang kita selalu rasa hidup ni penuh dengan kesusahan dan kerumitan. pergi sana, ada masalah. pergi sini, ada masalah. bila masuk kolej atau sekolah,semua sukaaaaa. suka bukan pasal apa. suka sebab ada banyak kawan, ada banyak geng. boleh buat jahat sama-sama. bila hari weekend, semua lagii sukaaa. boleh tidur malam tu sampai malam esoknya. boleh tengok movie dengan geng tanpa henti.



tapi bila part belajar, itu umpama masalah dan beban bagi aku. rasa macam bebal je kepala ni nak bawak. bila dah hari isnin, rasa tensyen je. sebab itu permulaan untuk hari-hari belajar yang membosankan. even bosan, aku tetap kena harungi benda tu sebab aku sayang mak ayah aku.  lagipun, aku taknak dipaksa kahwin dengan orang tak dikenali kalau aku fail nanti.
buwekkk taknak la kena kahwin dengan orang tua!!


adakah aku sorang je rasa macam ni? aku rasa korang pun kepala 2x5 je kan dengan aku.kan kan kan?

tapi bila dah cuti panjang macam sekarang ni, keinginan untuk masuk belajar balik semakin membuak-buak. mungkin sebab aku dah bosan makan gaji ciput dan bosan dengan gaya hidup bekerja dari 9am to 9pm. memang tak heaven langsung. bekerja tanpa handphone, tanpa hburan memang betul-betul buat aku terkurung macam dok dalam sekolah asrama penuh.


pelik kan? bila tenga belajar, tak sabar-sabar nak cuti. bila dah cuti, tak sabar-sabar nak belajar pulak. buktinya, aku baru sahaja selesai baca buku panduan untuk pelajar baru. banyak pulak cekadak dia nak suruh aku buat medical checkup. ish aku malas betul lah kalau part checkup checkup ni. nak kena paksa kencing lagi. kau ingat kencing aku banyak sangat sampai secawan ke?nak x-ray lagi.sial lah. pui! ah. pakai jelah x-ray yang aku buat time form 1 dulu tu. rasenye elok lagi kot. takde pape tulang yang patah. cuma rangka badan aku lagi besar dari time form 1 dulu. ah tibai ah! hahah. ada aku kesah?

ni baru introduction untuk entry sebenar aku. teruk ah, baru intro dah banyak paragraph dah. 

Tuesday, June 28, 2011

tips on saving





perhatikan gambar tersebut. adakah ia benar atau palsu semata-mata. takpayah la sibuk tengok budak kecik tu punggah-punggah barang. tengok je 'woman' tu. gila bernafsu perempuan tersebut. semua dia nak kan.

aku perempuan. ade reader aku yang perempuan. ade jugak folower aku yang perempuan. semua tahu kan nafsu perempuan ada 9. ramai jugak yang fikir nafsu 9 tu menjurus ke arah 18sx. NO NO NO MANNNN..inilah salah satu nya. nafsu bershoping tahap tak hingat dunia.

pantang ada duit sikit, mulalah gatal kan nak beli barang itu ini.ishh gatal sangatttt. cubalah kawal nafsu tu skit. nanti bile dah beli, mesti rasa menyesal sebab dah bazir duit.

so, ni ada few tips on macamane nak kawal nafsu membuang duit tu.

1- sila bawa teman untuk keluar macam adik laki or suami or abang sendiri. aku rasa better tergolong dalam kaum lelaki saje sebab kalau bawak perempuan jugak, pastu perangai 2x5 pun tak guna jugak kan. kalau bawak kawan perempuan, bawak orang yang saving gila babun dan kedekut. gerenti korang takkan beli apa-apa time keluar nanti.

 2- jangan ah bawak duit melebih-lebih sampai ratus-ratus.konfem2 kau pakai duit tu nanti. try bawak around fifty macam tu. cukupp untuk makan, tiket, dan blablabla. so, ini bermakna nafsu membeli kau akan berkurang sebab takde duit. ish mesti sedih kan bila jumpa barang yang cantik, pastu takde duit nak beli.


3-ajak parents kau untuk bershoping lah. bila dorang suruh bayar jugak, cakap ah purse tetinggal dekat rumah. pastu buat muka kesian. mesti parent korang belanja punya. u see, thats a bright point on how to saving.

itu jelah kot. ni just tips untuk perempuan yang mata bernafsu dan mata keranjang tapi nak saving duit.

Thursday, June 16, 2011

takde tajuk

semalam masa pergi pasar, aku ngan umi aku terserempak dengan seorang perempuan kurus, baju biru sendat, tight putih, tudung ada bonjol unta besar kat belakang ngan kasut tumit tinggi jalan tergelek-gelek. aku buat muka biasa jela sebab dah biasa jumpa bonjol unta macam tu. dengan tight jaraaang lagi. umi aku punye la super excited. dia kata perempuan ni macam badut. fesyen tak kena tempat. haha padan muka kena kutuk dengan umi aku.


aku pun setuju jugak dengan umi aku. pakai tudung tapi pakai tight buat ape. eh bukan tight la gelabah, legging laaa. dan lagi satu aku tak faham kenapa la ada orang letak bonjol unta macamtu kat belakang rambut. tak rasa rimas tahap petala kelapan ke?lantas lepastu aku tanye kat ayah aku, ape respon dia kalau aku pakai macamtu?


dia cakap, 
"pakailah. nanti habis bapak bakar"


"bakar kite ke bakar baju?",kate aku.


"bakar dengan kau sekali. sebelum kau kena bakar kat neraka, better bapak bakar kau dulu"


takutnyaaaaa!


pakai legging? eeeeeeee tak selera aku. macam bogel je.




nak mintak tolong boleh tak?














humm perhatikan gambar di atas. and then tolong tutup muka si heliza ni. and imagine kan dengan muka aku ni. apa pandangan korang? okay tak? ke rasa nak lempang sampai pengsan? ataupun rasa nak muntah sebaldi? ataupun rasa macam nak kahwinn dengan aku?


menggelabah punya soalan.ahh biarlah janji aku happy :) 











Wednesday, April 27, 2011

coretan seorang ibu. terima kasih farradeeba

hari ini hari khamis. dan aku terpaksa bangun awal hari ni kalau tak nak orang bising-bising. aku dah penat ar kena bebel. dan tetiba aku teringat farradeeba penah tag aku kat satu entri pasal 5. dah alang-alang banyak masa terluang ni, baik aku pakai kan. HAHA. 


entri ini ditujukan khas kepada anak-anak mama yang bakal baca entri ni satu hari nanti,sila fokus ye. korang kena tahu mama korg suka apa :D


lagi satu,apasal soalan dalam english. kalau kena jawab dalam english, memang bertabur ah jawapan mama. sori ye my lovely children.



5 brand that you like the most

mama tak penah suka brand-brand perempuan macam Bonia ke, Sembonia ke, LV ke, maybe sebab time ni mama masih budak-budak hingusan yang tak reti berBRANDED macam orang lain. kalau pegi kelas pun, mama prefer pakai recycle bag yang free-free tu sebab simple. 

*Sony Ericsson 
setakat ni mama punye henfon baru 2 bijik. dan dua-dua sedang mengalami kerosakan.eh,lagi satu tu memang dah hancus abis.yang sekarang dah bergaris-garis dah skrin dia. kalau sape2 ada sent mesej yang panjang, memang tak dapat baca lah.apetah lagi kalau papa korang hantar gambar. muka papa akan automatik jadi biawak sebab tak jelas langsung.
*Nike
mama suka kasut-kasut dia. SEMAT. even kasut perempuan dia kurang variety sebab sume memang nak kaler pink, mama still suka gak. dan majoriti jersi yang mama ada sekarang dari nike lah.
*TL
mama terpaksa sebut brand ni sebab banyak barang mama dari sini. tengok, betapa tak brandednya mama kan :(
*SR Pub
haha.mesti tertanya-tanya apemenda brand ni. ni bukan brand, ni syarikat yang keluarkan novel. Siti Rosmizah punya. walau pun cerita dia lebih kurang je stiap novel tu, tapi air mata mama tetap meleleh-leleh . try ye korang beli sebuah.konfem nangis. 


5 countries that you want to go
*Tanah Haram
 sebagai umat Islam, memang mama prefer nak pergi sini dulu lah. macam tak best je kalau dah pergi melancong serata dunia, tapi tak mampu pergi mekah kan.
*England
atau lebih spesifik lagi,Old Trafford. asyik tengok game kat tv je, bosan lah. mama teringin gak nak jerit huha huha bila MANU score. pastu bila mama dapat pergi betul nanti, mama akan pastikan muka mama masuk LIVE dalam TV, biar orang Malaysia nampak mama. tak kesah lah masa tu mama terkena bola ke, tenga jerit-jerit ke, HAHA. nanti boleh la Shebby ulas mama. nanti anak-anak mama bole bangga kat kawan lain sebab mama korang masuk tv live dari Old Trafford.
*negara yang ada Disneyland
bukan untuk mama,ni untuk anak-anak mama. terharu tak?
*Jepun
sebab mama nak carik lelaki handsome kat sana. bukan untuk mama menggatal, tapi sebab selama ni mama tengok cerita jepun, tak penah jumpe yang handsome-handsome macam lelaki Korea. seriously. maybe lelaki-lelaki handsome Jepun semua pandai-pandai, semua pakat jadi engineer kat Toyota ke, Samsung ke. apa barang jadi pelakon. dan sebab Shima sensei dulu selalu cerita Jepun ni sangat cantik, sangat bersih, dan bermacam-macam sangat lagi la. 
*Afrika
sebab mama nak bela harimau dan cheetah. bole amek secara free kat sana nanti. rimau ni gunanya nak ajar korang macamana berdepan dengan musuh. cheetah untuk ajar korang jadi atlet. biar boleh lari dengan pantas.

5 countries that you do not want to go

haha soalan tak boleh blah. boleh menimbulkan isu sensitif ni. lagi-lagi si I*don tu. 

5 items that you like the most

*shawl

mama suka je, bukan bermakna maa suka pakai benda alah ni
*baju perempuan yang cantik-cantik.
mama suka kumpul baju baru tanpa memakainya sebab mama suka simpan buat perhiasan dalam almari je.
*handphone android
dalam cite korea, majoriti pakai android. semat gila. tapi dalam cite Malaysia, sume pakat pakai Blackberry,perasan tak? hha. rajin betul Blackberry sponsor kan :)
*bear
segan ah sebenarnya nak gitau. tapi seriously dah banyak bear yang sedang mama bela ni.
*kek




5 people that you love the most
*parent mama
memang. memang mama sangat sayang kat parent mama. dan perkara yang mama paling sensitif dalam hidup ni adalah bila orang cakap pasal mak ayah. automatik mata mama akan berair
*adik beradik mama
kalau diorang takde,mama takde tempat nak membebel 
*sume kawan-kawan mama
terutamanya kawan-kawan sekolah menengah. kenangan gila sebab 5 tahun duduk sama-sama, makan sama-sama, nangis sama-sama. kalau teringat balik, mesti macam sayu je. dan tak lupa kawan-kawan matrik mama. semua sekepala.
*papa korang
malas nak describe lebih-lebih
*last, anak-anak mama. kesian korang kan. sori, mama memang kejam




5 people that you hate the mosttakde sapa. tapi kalau ada orang carik pasal memang mama akan benci orang tu.




5 color that you like the most
colour-colour lembut

*purple lembut
*pink lembut
*hijau lembut
*putih lembut
*hitam
sebab benda-benda macam nilah yang akan menjadikan mama nampak lembut




5 color that you dislike the most?
*hijau taik

*merah bling-bling (sumpah geli)
*hot pink yang dipakai oleh mamat Indon
*colour striking.
*colourless



5 things that you dream the most (InsyaALLAH)

*mama nak orang cakap "wah kurus lah peyuz sekarang do" 

*habiskan degree dan dapat anugerah dekan setiap semester. mahsyukkkkk kan
*mama nak jadi antara wanita terkaya kat malaysia. kalau dah kaya, mesti la mama ada rumah besar, kereta besar kann. tu pun kalau mama rajin nak buat bisnes sebab bagi mama bisnes lah benda yang akan membuatkan seseorang tu kaya.
*nak bawak parent mama jalan-jalan satu dunia.
*mama bahagia dan berjaya dalam hidup.



5 of your positive character.

*mama tak suka marah orang.

*mama selalu cakap lembut-lembut dengan orang yang baru mama kenal
*mama suka buat orang gelak.
*mama manja dengan orang tertentu je. weh, manja tu positive character kan?
*last, mama ni rajin. 



5 of your negative character
*mama suka kritik orang.

*mama suka pendam apa yang aku rasa. kalau marah, mama pun pendam je.
*mama malas berfikir
*mama suka pandang ringan kat sesuatu perkara.
*mama sangat boros.



5 moments that you miss the most
* makan maggie dalam gelap dengan auntie paen,auntie aja ngan auntie syeqa. sampai auntie paen bole tergelincir dekat depan koridor sebab ustazah H terbang dan sebab air maggie auntie  syeqa yang bersepah.

* tidur ramai-ramai atas katil mama ngan auntie paen bersama budak-budak rumah kuning yang lain sebab ustazah H ronda malam-malam.
*masuk pertandingan tak kisahlah sketsa ke, pesta sukan ke dengan budak-budak rumah kuning.
*duduk dalam bilik LK dengan budak-budak DS sambil tengok movie atau sambil pasang lagu-lagu korea atau sambil kacau-kacau uncle atong dan auntie mimah.
*hari-hari mama bersama dengan wannababes masa SPM. masa kitorang semua nak sorok handset, masa kitorang lepak tepi dorm sambil makan maggie, masa kitorang gayut-gayut kat ampaian, masa kitorang makan nasik yang kita tempah kat ibu. mama taip ni sambil menahan rasa rindu yang makin membuak-buak.
u see, semua 5 perkara tu mama isi dengan budak sepintar.


p/s: aku amik logo dari google. terima kasih 




5 moments that you do not want to remember at all?
*masa mama clash 
*masa mama terjatuh dalam parit time darjah 4. alhamdulillah, mama hidup lagi.
*masa ambik slip pmr ngan spm sebab adela......
*masa kakak mama kena langgar depan mata mama. nasib baik mama tak tahu apa-apa masa tu
*masa mama kena marah dengan 4 budak lain time form 2 sebab dituduh terkinja-kinja dalam kelas sampai sampai lambat pergi lab. sangat mnyakitkan lah waktu tu




5 positive characters of your best buddy 
*caring 

*satu kepala (ape yang positivenya?)
*tak keras kepala
*tak gedik
*sempurna serba-serbi



5 things that you happy to do the most
*main game tanpa henti

*melepak dengan kawan-kawan
*prank orang masa beday
*masak benda yang mama suka makan
*tidur





Favorite quote
takde. tapi mama ada 3 prinsip hidup mama sendiri. korang tahu kann..




Favourite actor
shaheizy sam. stat masa dia berlakon time remaja kat tv2 dulu. mama cam suka gila kat dye mase tu.




Favorite actress
takde sebab korang lah akter terhebat di mata mama.HAHA



Favorite things that you do when you are alone
tidur. tidur adalah satu nikmat yang tak boleh diungkapkan dengan kata-kata.




Favorite sport

*ping pong. mama dah pro dah weh!

*bola sepak
*wwe
*baling selipar ngan girlfriends mama



Favorite comedies
*sepah silalalitamplom

*raja lawak
*maharaja lawak
*sume rancangan lawak kat astro warna



Tag this to 5 person
*umi mama

*nenek mama
*adik mama
*kucing mama
*bakal papa korang


mama ambil masa 2 jam sebab buat benda ni tau. so, sila hafal benda-benda yang mama taip kat atas. nanti mama nak tanye.

Friday, April 22, 2011

i love to critic people esp myself.opsss sorry......,my bad

i don't approve easily.opsss sorry.........,my bad

strangers,inbox me at least a short essay to make me feel interested to approve you or else i'll keep you dead in my pending request UNLESS you are extremely hot :D and one more thing,i refused to be in a relationship and totally not interested with anyone till i reach 22-year old.thank you



minta maaf. aku tercopy ayat dari page FB orang lain tanpa izin. aku suka baca ayat di atas berulang kali. bila baca, rasa hot pulak diri tu kan. rasa macam everytime sape-sape terbukak page dia, people will easily fall in love with her! dan ingin aku katakan, ayat ini hanya sesuai untuk awek berambut blonde karat ikal mayang dan muka bertepek bedak setebal satu inci. pastu tambah sikit pink-pink di pipi supaya terserlah keMAT SALEHannya di situ.


cuba bayangkan aku letak ayat itu kat page aku. mesti sape-sape yang bukak rasa annoying tahap HAKTUIH,GELI GILERR BABUN ! tak sesuailah untuk perempuan skima macam aku kan. dahlah takde rambut blonde, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, muka takde ar cantik mane, bajet hot pulak tu. orang pun tak hingin nak bukak page kau tahu tak ?! 


i love to critic people esp myself.opsss sorry......,my bad


sepanjang aku duduk kat kolej ni, memang ternampak sekali jurang antara pelajar yang rasa diri mereka hot dan pelajar yang rasa diri mereka tak hot. kita boleh klasifikasikan mereka ini dalam tree diagram. HOT dan HOT'. kalau anda belajar math, pasti anda faham apa maksud HOT' (hot prime,untuk budak tidak hot). kebiasaannya kadang-kadang, aku suka berjalan di waktu petang. saja-saja nak tengok dan amati perangai orang lain. or senang cakap, aku seorang yang sangat-sangat suka mengamati orang. so beware kalau lama aku tenung kau, maksudnya tak lama lagi nama kau naik dalam blog aku.


okayy sambung cerita. dan apa yang aku nampak, seriously HOT akan hanya bergerak dalam satu kumpulan bersama beberapa orang lelaki entah sape-sape aku tak kenal. lepastu hanya main sport-sport standard macam squasy dan tenis sahaja. cara mereka untuk bertegur sapa sesama HOT ialah macam "ey, hye cantik." atau "hoi cun" atau nak lebih annoying macam "hello gorgeous.u play sport ape this evening?" hihi. aku hafal lagi dialog-dialog tu. berjalan sambil menggoyang-goyangkan rambut blonde ke kiri dan kanan sambil menjeling-jeling. entah kenapa, aku kadang-kadang sakit hati dengan mereka ni sebab nampak bongkak sangat. even kenal pun, tapi tengok muka aku pun taknak. bagus sangat lah tu. 


berbeza dengan HOT'. HOT' lagi suka bermain dengan kawan sekepala dia. main benda common macam badminton dan ping-pong (aku la tu). suka duduk dalam asrama je sambil mendajal orang dengan biskut-biskut dan nestum basi. suka bentang toto kat tengah bilik sambil makan kerepek pisang dan menonoton cerita-cerita hantu. u see, we all makan kerepek pisang je. takde famous amous atau secret recipe bagai. hha. aku taknak lah cakap lebih sebab aku tak nampak diri aku yang sebenarnya. aku suka amati orang, tapi aku susah nak amati diri sendiri. faham ? 


tapi bagi aku HOT, CANTIK,GORGEOUS yang sebenarnya adalah perempuan gadis wanita muslimah yang rajin turun masjid setiap kali pukul 7.30malam. seriously.


oke adik bila besar nanti jadi anak solehah yang berguna tau. jangan jadi nakal macam akak ni.  


nak tahu satu lagi kegemaran aku tak? dalam proses mencari suami idaman ni. HHA. nanti aku cerita dalam next entry. 

Saturday, April 16, 2011

aku nak jugak kulit putih licin macam dia 2!

berbalik kepada post lepas, aku masih iri hati pada perempuan tersebut. dalam diam, aku pegi curik dia punya gambar dalam purse. jahat kan! aku tampal gambar tu kat depan pintu bilik aku. saje nak suruh semua orang tengok. dia bukan budak floor aku, so dia tak akan tahu lah. free-free je aku kasi dia famous.


tapi kan, lagi tensi kot tengok gamba tu. dahla pakai baju pink, nampak cam ayu giler. aku kalau pakai pink jadi macam ala-ala bapok pulak. HAHA.


sori awak. saya terpaksa publish muka awak kat sini. berterima kasih la kat saya. btw, saya admit yang muka awak memang licin. bukan senang saya nak puji orang tau. awak perlu bangga dengan saya :)

Friday, April 15, 2011

aku nak jugak kulit putih licin macam dia !

alhamdulillah, aku sudah lepas zon merah. zon merah adalah zon final exam, zon yang menakutkan untuk budak yang kurang study macam aku. bila datang zon ni, biasanya orang yang sama spesies dengan aku akan tak reti duduk diam sebab kecuakkan yang melampau. ditambah pula dengan penyakit-penyakit pelik yang berjangkit seperti kembung perut, kentut tak berhenti, kepala pening lalat, gatal tekak dan sebagainya. so pesanan aku, sila study awal sebelum final exam. kalau tak, korang akan dapat penyakit ni. siyes sangat DANGEROUS ouh ! 


ditambah pulak dengan kelahiran kawan-kawan rapat aku  sepanjang bulan 4 ini. aku tak paham, apesal lah nak keluar berturut-turut. atleast selang-selang hari pun ok lah. takdelah penat nak membalun korang-korang ni. atau korang memang dah rancang nak keluar selang sehari ar? HAHA. kesian pulak bila teringat syawal dan yana dimandikan dengan biskut dan nestum-nestum basi, terbaik dari ladang.


sebenarnya, aku nak cerita pasal benda lain. benda yang berkaitan dengan perempuan. yah, aku nak cakap aku suka tengok muka perempuan berkulit licin. sangat jelesss. lagi-lagi licin tahap artis macam satu orang tuh. dahlah kulit licin, putih, gebu, adehh jelesnye *sambil hantuk-hantuk kepala kat dinding. aku kalau time exam,  mula lah adik-adik jerawat aku datang. setiap hari bertambah satu. aku exam 4 hari, so dah ada 4 biji ni. tapi orang tua-tua cakap jangan kira jerawat kan. nanti makin banyak.


berbaik kepada part kulit licin, sesumpah sangat aku jeles dengan orang tu. kau tahu kalau aku jeles, aku rasa macam nak bunuh orang tu ? ishh dhlah kulit licin, femes pulak tu. aku kenal dia, tapi tak tau la dia kenal aku ke tak. tak silap aku, dia dah ada boipren pon. dengar-denagr cite, boifren dia pon femes. adeh,jeles lagi. rambut dia pon tebal, wuu jeles lagi. cakap pon lembut je. apasal semua description untuk dia lain dari aku punya? kire nak cakap yang perempuan tu perfect lah. 

tak tahulah apa rahsia dia. mungkin pakai mask telur tiap-tiap hari. kau orang tak teringin ke tengok muka dia ? kalau korang nampak, mesti korang pun hentak-hentak kepala kat dinding sebab kejelesan yang melampaui batas. nanti ada masa aku gi curik gambar dia ok. haha *gelak evil!!



Thursday, March 24, 2011

nafkah yang tidak patut

assalamualaikum. eheh. mengikut apa yang aku tahu, seorang suami tu wajib kasi nafkah kat isteri dia. nafkah zahir dan batin. bertuah kan kalau jadi isteri. boleh je kalau cuma nak duduk rumah jaga family tanpa bekerja. besar tanggungjawab suami sebab wajib kasi nafkah. kalau tak larat kasi, jangan kahwin lah.

aku bukan nak cakap pasal kahwin pon. cuma nak cakap pasal nafkah duit sebelum kahwin. wajib jugak ke? aku rasa macam tak perlu je. iyelah, macam banyak je duit tu kau nak kasi kat awek kau. kau tu pun hidup dengan bersupportkan duit mak ayah dan elaun. aku ulang sekali lagi. duit mak ayah dan elaun.

 jadi, aku rasa kau tak perlu lah nak support awek kau sangat. kalau belanja makan skali dua takpelah. ni setiap bulan kau nak bank in kan duit. memang kaya gila lah kau. tak kerja lagi pon dah boleh support hidup awek. so, aku harap better jangan teruskan tabiat kau yang terlampau baik tu. aku takut je kalau kau dikecewakan oleh perempuan tu. nanti, kau bukan dpat apa-apa pon. habok pon tarak. baik kau simpan duit untuk perbelanjaan masa hadapan. ok?


Wednesday, March 23, 2011

aku makan aiskrim murah je. aku tak mampu macam kau.

ketika aku sedang menikmati aiskrim malaysia yang cuma berharga 30posen, terdapat sekawan gadis yang melewati aku. aku tengok betapa megahnya mereka menjilat-jilat aiskrim cornetto dan paddle pop di tangan. entah tak semena-semena, aku terdengar satu suara sumbang berkata.

'eleh. dia setakat makan eskrem murah je. tengok kita makan aiskrim mahal'
aaaaaa aiskrim malaysiaa!! my feverettt!

bagus betul. dia mengumpat betul-betul kat depan muka aku. setakat makan cornetto pon bising. lain lah kalau makan haagen dasz. barulah aku nak jeles tahap dewa punya. berlagak!

tulah manusia sekarang. materialistik tak bertempat. makan aiskrim murah pon kena ejek. tengok lah nanti. aku tunggu kau tepi peti ais aiskrim tu. kalau aku nampak kau beli aiskrim tu, aku jerit kuat-kuat. bagitau sume orang kau makan aiskrim murah. haha(gelak evil)

Saturday, March 19, 2011

gelak-ketawa, tampar menampar, cubit-mencubit---kekalkah mereka?

assalamualaikum. dengan bersaksikan matahari yang tinggi memacak di atas kepala, kelihatan sepasang manusia sedang belajar bersama-sama.dah sepasang, mestilah sang kumbang dengan sekuntum bunga. mungkin sedang belajar kot. yelah, final lagi 2 minggu je. sekejap tersenyum, sekejap bergelak ketawa, sekejap tampar-menampar, sekejap jeling-menjeling. aduuuhhh...

mungkin dah ditakdirkan pasangan ini untuk bersama. dalam kuliah duduk sebelah, bolehlah jeling-menjeling lagi. malahan mereka sekelas. so, mungkin tiada barrier antara 2 makhluk ciptaan Allah ini untuk bersama. kelas start dari pukul 8.00 sampai 5.00 petang. mereka masih bersama. selepas itu, disambung pula ke cafe untuk makan bersama. jeling-menjeling lagi. eh.aku bukan stalker ye, tetapi kebetulan aku berada berdekatan dengan diorang.

waktu petang seperti biasa, aku bersukan sikit untuk mengempiskan segala lemak yang ada pada aku. entah macamana, pasangan itu kulihat tengah berjogging bersama pulak. terbit keCURIOUSan di hati aku. bila pulal budak-budak ni nak sembhanyang asar. eh teruknya aku pikir negatif macam tu.  macam biasa, mereka gelak-menggelak, cubit-mencubit. aduhhh..

dan pada waktu malam, dikala aku terpaksa pergi ke koperasi untuk mencari sebatang pen untuk aku melangsaikan homework aku yang bertimbun, masih kelihatan lagi pasangan ini bersama. menikmati aiskrim di bawah sinaran cahaya bulan yang samar-samar. tak nampak pulak orang ketiga bersama diorang tu.  mungkin dikiranya itu suasana yang romantik. aduuhhhh....

tujuan aku bercerita pasal benda ini bukan sebab aku jeles dengan keintiman pasangan itu. bukan-bukan. cuma aku takut, keintiman mereka ini tidak akan berkekalan. andainya ditakdirkan si kumbang berjaya masuk ke dalam syurga, berjayakah dia membawa si bunga sekali untuk bersama selamanya dengannya? bolehkah mereka meneruskan aktiviti-aktiviti romantik mereka di dalam syurga nanti? aku tak tahu. cuma aku doakan pasangan ini kekal bersama sampai ke syurga nanti. kalau dah tak boleh sangat, kahwin sajelah. takde sape nak marah.

begitulah manusia. masa yang diluangkan bersama kekasih lebih lama dari masa bersama tuhan kita. memang terasa sekejap je bila dapat bersama dengan orang tersayang untuk jangka masa 2-3 jam, tetapi bila duduk di atas tikar sejadah, apa rasanya? kalau boleh, taknak lebih dari 5 minit kan. cara manusia menyanjung kekasih tu kadang-kadang lebih taksub berbanding tuhan sendiri. macam boleh je kekasih kita tu bawak kita masuk syurga. macam boleh je kekasih kita tu backup kita masa dapat siksaan api neraka nanti. macam boleh je kekasih kita tu tolong kipaskan api neraka yang maybe akan membakar tubuh kita kelak. itulah kita. manusia yang selalu lalai.

teringat kata-kata seorang profesor. kalau isteri berjaya masuk syurga, insyaAllah suami pun akan masuk syurga. tetapi kalau isteri masuk neraka, konfem2 suami pun akan masuk neraka sebab tak dapat bimbing isteri (minta maaf, ini kata-kata yang lari skit dari tajuk)




Monday, March 14, 2011

sedikit nasihat untuk kawan-kawan


pernah tak ada makhluk-makhluk lelaki mintak gambar korang (soalan ini ditujukan kepada perempuan ye). mesti ada yang pernah kan. even aku pun pernah buat suatu masa dahulu disebabkan kejahilan yang masih membelenggu diri. eh, aku bukan saja-saja nak promote yang aku ni hot sampai ada orang mintak gambar. bukan-bukan. ni yang aku nak cerita ni.

tahun lepas, aku pernah la berkawan dengan seorang lelaki yang majoriti prempuan kata dia handsome. handsome bagi diorang, tapi tak bagi aku. aku bukan berkawan dengan dia sebab cinta ke apa, tapi aku kawan dengan dia sebab dia selalu buat tutor dan siap kerja. kita kena la ambil kesempatan jugak kan.haha

suatu hari tu, dia ada mintak gambar aku. katanya nak buat kenangan sebagai kawan rapat. tapi, konpem-konpem lah aku tak bagi sebab aku tak percaya sangat dekat laki tu. takut je kalau gambar aku kena mandrem nanti. korang tahu dia cakap apa kat aku.

"itulah perempuan. kalau kawan sendiri mintak gambar taknak kasi. kalau letak kat facebook, nak tunjuk muka dekat semua orang, tak malu pulak"

peng peng! tertusuk tepat dekat sanubari aku. lantas aku pun bukak facebook untuk melihat balik gambar-gambar yang aku letak kat facebook. serius memang ade lah gambar wajah aku sebijik sebijik untuk profile picture. kalau kita tengok picture tu balik ikut saiz asal,memang besar lah. separuh dari saiz skrin laptop agaknye. boleh kira jerawat aku ada berapa. boleh kira bulu roma agaknya. boleh ukur kebesaran biji mata aku. lepastu baru aku terfikir, apa niat aku sampai perlu letak gambar besar macamtu dekat facebook.

aku takde niat lain pon. melainkan aku nak menjadikan gambar tu sebagai profile picture. facebook suruh letak profile picture kan, aku letak lah. aku tak sedar pon yang benda itu akan membahayakan diri aku sendiri. boleh jadi je kalau orang tu jeles dengan aku, dia photoshop gambar aku lepastu buat untuk benda yang 18sx kan.boleh jadi je kalau orang tu gila bayang dekat aku, dia mandrem gambar aku nanti. korang ada terfikir tak?terus aku delete pic-pic yang macam tak patut.kalau korang sayang, buat private je pun dah cukup.

masa aku pergi pertandingan busana muslimah dekat kolej haritu, budak-budak masjid ada siarkan macammane profile picture tu boleh menaikkan nafsu lelaki. macam geli je bila tengok grafik lelaki-lelaki tu menganga sambil usha facebook perempuan-perempuan yang suka tunjuk muka besar-besar. ada jugaklah diorang tunjuk beberapa contoh blog yang suka tayang muka besar-besar. nasib baiklah aku tak femes dan tak cantik langsung. kalau tak mesti blog aku tersenarai sekali.


bila fikir-fikir balik, memang tak patut pun kan tayang muka kita kat orang-orang. aku rasa, cukuplah tayang kat suami kite aje nanti. tahulah muka cantik, boleh la nak bangga-bangga. kalau tak cantik, sorok jelah. ayat ni ditujukan kepada aku sendiri. aku tak mengata sape-sape pon ok.


ramai orang salahkan facebook kalau ada masalah tak senonoh yang trjadi. ramai orang salahkan facebook bila dorang dibuntingkan oleh mamat tak bertanggungjawab. sila berubah dan tolong salahkan diri sendiri ok. jangan libatkan mark zuckerberg sekali sudah.



Thursday, March 10, 2011

wanita yg bertudung tak semestinya beriman tetapi wanita yg beriman semestinya bertudung

masa kecik dulu aku masuk tadika islam. masa tu aku dah diajar pakai tudung.memang best lah masuk tadika islam. kau boleh hafal doa qunut, doa before tidur, doa untuk ibu bapa, hafal juzuk amma. alhamdulillah sangat mak bapak aku masukkan aku kat tadika islam. kecik-kecik dah diajar buat benda-benda baik macam tu.

masa kecik dulu , aku rasa dalam umur 5 tahun , aku suka tengok mak ayah aku sembahyang. macam best je kan pakai telekung pastu berdiri atas sejadah gambar masjid. lalu aku pun duduk kat riba mak masa dia tengah tahiyat akhir. nyorok dalam telekung mak. you see, budak-budak suka nak sembahyang kalau mak ayah dia pon sembahyang. bukan aku aje yang berperangai macam ni. aku rasa korang pon sama.

lepastu masuk sekolah rendah, memang aku bertudung lah. kalau bukak tudung pon sebab pakai skaf time masuk bola jaring. cikgu yang suruh. takpelah, masa tu belum matang lagi kot. 

time sekolah menengah, masuk pulak aku kat SBP yang menerapkan ciri-ciri Islam yang super bagus. pakai tudung labuh, pakai stokin, pakai baju bercekak, rasa selamat aje bila berpakaian macam tu. walaupun kadang-kadang terasa panas, kena tahan jugak sebab nanti  kat dunia luar yang takde pengawasan mak ayah dengan warden, takdenye aku nak pakai macam tu.

sebenarnya aku nak cakap yang sejak kecik hidup aku banyak bersama dengan orang yang bertudung. tak kesah la tudung tu kecik atau ape, dorang still bertudung. kalau yang tak bertudung, maybe dia rasa dia macam kebandaran sangat, so automatiknya dia tak up to date lah kalau pakai tudung. penat je mak ayah hantar belajar tinggi-tinggi, tapi otak still sempit mengalahkan orang asli dalam gua batu.

sekarang, aku ada jugak kawan yang freehair. muka memang cantik, putih,ala-ala model walaupun kemetot sikit,lembut je, tapi sayang lah sebab dia freehair. aku rasa malu dengan diri sendiri sebab tak dapat ajak dia pakai tudung. nanti kat akhirat mesti dia carik aku sebab tak ajak dia tutup rambut dia yang karat berebonding itu. bukan aku tak ajak, ajak je. cuma aku takut dia terasa kalau aku cakap lebih-lebih. 

dulu dia ni pakai tudung lah, time sekolah menengah. dengan alasan, sekolah dia wajibkan pakai tudung. time mula-mula masuk kolej ni pon dia kata dia pakai tudung. pastu dia tanya orang lain, wajib ke pakai tudung kat kolej ni? orang tu pun dengan bagusnya sebagai seorang beragama islam cakap tak kesah pon nak pakai ke tidak. baguslah orang ni. aku sangat lah suka perilakunya. sentap betul !

antara alasan standard yang orang macam ni cakap, ala, nanti kat luar aku bukak tudung jugak. hipokrit je kan. baik tak payah pakai langsung. kelakar betullah alasan. sapa yang suruh kau bukak tudung kat luar kolej.

alasan lain, aku tak pakai tudung tapi aku baik. padahal ada je orang lain yang pakai tudung tapi lagi teruk perangai dari aku. serius standard gila kot alasan macam ni. cuba korang tanya kat sapa-sapa yang freehair, memang biasa je ayat macam ni keluar dari mulut diorang. maybe ada dalam skima jawapan untuk golongan freehair. uuuuu, aku tahu kau baik, lagi baik dari orang yang bertudung tapi ada lovebite kat leher, tapi kalau kau  baik, kenapa kau taknak pakai jugak? kenapa kau membahankan orang lain jugak? apesal kau nak compare dengan orang macamtu? kenapa taknak compare dengan orang yang bertudung dan banyak berbuat amal. biasalah, manusia yang gagal selalu mencipta alasan.

sambil aku godek-godek tenet ni, aku terjumpa ayat ni.


tudung is just a piece of cloth..
x menjamin syurga pn..

hebat betul pemikiran dia. tak sanggup aku nak ulas. macam looser gila kot. tapi ingat lah, yang tak pakai tudung dijamin neraka. paham? aku bukan nak cakap yang aku ni perfek sangat. aku tak cakap yang aku ni dijamin masuk syurga. cuma aku nak kau tahu yang kau kena pakai tudung, tu aje. 

kau jangan lah nak timbulkan soal-soal hidayah pulak. hidayah tu dah ada dpan mata kau. cuma kau je yang tak mau hidayah tu masuk dalam hati kau. aku dah ajak, kau taknak. aishh. bila nye hidayah tu nak datang betul-betul kalau kau sendiri tak pergi carik? nak tunggu malaikat mencabut nyawa datang ke? tak en...

lagi satu, jangan lah cakap kau tak ready. jangan lah cakap kau tak tau nak stat bile. kalau bukan nak stat sekarang, nak tunggu bila lagi? nak tunggu cucu cicit kau ajak kau pakai tudung ya?  buat malu status nenek aje.

aku harap kau terbaca entri ni. maybe ayat aku macam kasar-kasar sikit, tapi aku sayang kau. kau kawan aku dan aku sayang kau.  ingat tu