Showing posts with label kawan-kawan terhebatt. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan terhebatt. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

i really miss my old days

semalam masa aku tengah jaga cashier, ada satu bas yang familiar parking dekat depan kedai aku. sumpah familiar bas tu. kaler gold, ade hijau sikit, merah sikit. dah berderau darah tengok bas tu sebab lama gila tak nampak. tapi sedih je sebab bukan bas sekolah sendiri. rupanya intersaber punya. sedih je.. 


apelah aku. baru tengok bas dah sedih. dah rindu rindu. apedaa


lepastu aku cakap kat bos aku, yang aku rindu sekolah menengah. aku cakap kat dia yang aku nak jadi umur 13 tahun balik. aku nak masuk asrama balik. nak main dengan kawan-kawan sampai nangis balik.


dia marah aku. dia cakap semua orang nak jadi besar. semua orang nak abis belajar cepat, kerja cepat, and lastly kahwin dan beranakk pinak. dia kata aku sorang je nak jadi kecik balik. humm sedih. tapi aku tahu korang pun sama dengan aku kan. nak jadi umur 13 tahun balik?


tak dapat umur 13 pun takpelah. 16 pun oke. dah jadi form 4. dah matang dah. dah boleh suka-suka orang. and then tulis kat dinding sekolah. kan2?


okay sumpah aku really miss my old days












aku tak boleh hidup dengan happy kalau takde kawan. sebab diorang ni lah yang menghappykan hidup aku. even dah light off, dunia dah gelap, aku still happy sebab kat sekeliling aku penuh dengan kawan-kawan yang menceriakan hidup aku.


and you know what.


our last days at sepintar time spm tu aku rasakan adalah kenangan manis kita bersama. tiada warden, tiada adik-adik yang menyibuk. aku rasa sangat happy. even masa terluang kita dipenuhkan dengan belajar 24 jam, aku still happy. usaha kita semua berbaloi kan. kita stilll boleh dapat ranking atas-atas. boleh mantain apa yang patut. bangga sangat dan best sangattttt ada kawan macam korang.


sekarang dua orang my lovely friend and also my classmates dah nak fly.seorang marine and lagi sorang aerospace. aku tahu korang boleh buat dengan baik kat russia nanti. aku kenal korang luar dan dalam tau. yang dalam-dalam pun aku tahu. 


wahai both of you, kat sana jaga diri baik. kalau ada masalah ke hapa, jangan down okay, ingat Allah sentiasa berada dekat kat hati korang. pasal masalah belajar, aku tahu korang tip top punya pandai. gerenti no prob punya. masalah translate bahasa, jangan tanya aku la. makesure phone korang dah ada apps for translate. penting tuu.. jaga hubungan dengan Allah, mak bapak, family, friend, bf. jangan lupekan tuu okay. woi aku rindu korang ah


kalau jumpe nadal, mintakkan numb dia weh.pleaseee


this post was specially dedicated to my lovely friend,adeeb dan yaya. really love both of you gilak sampai mati.

Monday, January 31, 2011

sabar lah kawan2

agak agaknye ape yang kawan2 mesir tengah buat sekarang ye?adakah mereka tengah sembunyi,ataupun ontheway nak gi negara lain,ataupun sedang dalam keadaan selesa macam kat malaysia sekarang?macam2 cerita yang dah sampai kat mesia sekarang.pelbagai pattern,pelbagai ragam.terima kasih kepada pihak yang update berita2 baru pasal mesir.rasenye kalau line internet tak disekat,dah lame dah abrar update berita2 kat sane.bersabarlah kawan2!


Monday, November 1, 2010

DARUSSALAM

duduk dalam kelas darussalam banyak mengajar aku erti kehidupan (eceh) .macamane nak bersabar dengan mulut ajaq,macamane nak layan karenah kanak2 iday,macamane nak kejutkan atipuspa dan safuan yang selalu tidur(tidur2 pun cemerlang),macamane nak tahan keBAUan yang dihasilkan oleh sang hijau....hui.macam2.itu belum ditambah lagi dengan KENTUT-KENTUTAN yang dikeluarkan oleh mereka.tidak lupe juge ade orang yang berjaya mencuri hati aku kat darusalam ni.haha.semua itu kenangan......banyak lagi nama yng aku nak sebut sebenarnya


1-sering berlumba2 untuk ke kantin bagi mendpatkan ayam2 goreng opah.kalau takde ayam,habislah kantin kena jerit dengan ajaq.aku tengok makcik2 kantin tu macam bahagia je dengan kehadiran di sisi mereka.kak juling,jaduu,kak belonajaq,mkcik berserkup kuning(ni semua kenangan kantin)

2-eksperimen setokin terbusuk dan terHITAM..ini memang geli sedikit.aiman rashid lah tukang observer.kalau nak masuk bilik LK,pastikan setokin anda tidak berlubang,tidak busuk,dan tidak hitam kecoklatan.aiman tak sedar tu yang setokin dia pun busuk jugak

3-ratu lalat dan askar2 nya.humm.entah kenapa,aku rasa gelaran ni comel gila kot.siryes comel.ni pun aiman punya kerja.kesian fadzlinatul yang sering menjadi mangsa.selalu diusik,tapi aku tengok dia tu sentiasa tabah.FADZLINATUL WANITA TABAH.kalau aku kena usik,aku reti nangis ngan baling botol  je.tak tabah langsung.haha

4-suke sangat berebut untuk pakai bilik kecik dalam bilik LK tu.sampai ada kes.gaduh2 la bagai.pastu nangis lagi.(isu sensitif ni).macam2 la korang nih

5-time fizik.masa form 4 dulu,bila datang je waktu fizik,tetibe ramai orang hilang.saket perut la,saket mata la,mc la,macam2 alasan dibuat sebab fizik macam susah kan duluu..bila fom 5 pulak,takkan lah nak skip kelas kot.mesti pegi tapi ramai lentok.almaklumlah,fizik kita selalunya pukul 1 dan ke atas.mula2 safuan tewas,lepastu ati,lepastu ijat,lepastu bob,lepastu yaya,lepastu aku kot.ish.fzik tak susah mana pun.kalau susah,apasal ramai dapat A?????????? terima kasih cikgu:)

6-ceramah ustaz k di pagi hari.wuuu,ustaz memang hebat bercerita..dia mengajar sharifah amani lar,dia mengubat orang lar,dia berjumpa itu ini lar.uuuuu.ustaz memang perfect,semua dia boleh buat.habat masak,hebat syair,hebat TTS,hebat la semua.anda patut rasa menyesal kalau tidur masa kelas dia sebab ilmu yang dia kasi tu ilmu yang sangat berguna.meliputi langit,lautan,dan daratan.walaupun ustaz tak marah,tapi nampak tau muka hampa dia bile student tumbang satu demi satu.bob yang duduk bertentang mata dengan ustaz lah yang selalu tumbang dulu.

7-kedudukan strategik.kiranya kelas ni merupakan tempat yang wajib dilalui oleh semua orang.nak gi library,orang lalu DS.nak gi bilik guru,orang lalu DS.umi nak buat rondaan,lalu DS.cikgu2 nak pegi kantin,lalu DS.cikgu2 nak pegi klas2 laen,pun terpaksa lalu DS jgak.sebab kedudukan DS yang menjadi laluan fevret semua orang,hari2 kita kna tegur dengan cikgu2 sebab tidur time cikgu tak ade.mula2 tu rasa macam membebankan jugak,tapi alah bisa tegal biasa.ingat tak yang sebelah kelas DS,depan bilik guru tu selalu jadi tempat pembuangan tahi bagi kucing2 sepintar??kesian sebab dah ramai yang terpijak tahi2 itu.pastu,kita buat inisiatif untuk tampal notis kat persimpangan jalan. "AWAS!TAHI KUCING DI DEPAN!".tapi ramai jugak yang masih terpijak sbab semua orang jalan menonong je.lantak korang lah

8-time sejarah.masa nilah semua orang nak buat kopi.minum kopi ke,air longkang ke,kenapa masih ada yang mengantuk?aku rasa pinggang aku ni dah berapa kali kena piat2,cubit2  dengan cikgu noni.huiii!!cubit dye tu boleh membawa maut tuu.alah.aku rase semua orang yang blajar sejarah penah kena cubit kot.tak dilupakan kepada cikgu kasmawati yang ada skill cubitan maut jugak.

9-peristiwa genting.kenangan ni terpahat kukuh dalam ingatan aku.perjuangan dan pergaduhan kita bersama jannatul adnin memang sia-sia.duit kita semua habis burn untuk membuat tembok2 dan pagar2(menipu la nih).janji2 manis untuk membawa kita keluar pun hanya tinggal janji....bila kita nak pergi genting betul2 ni??

10-baju hijau.bergelumang bersama benda hijau selama 14 hari memang memeritkan.pahit,payau,masam,dan masin terpaksa kita telan untuk kemaslahatan bersama.seriously kita tabah gila menghadapi ujian hijau ini(tak perlu lah describe.susah untuk dituturkan dengan kata2)

banyak lagi peristiwa kat darussalam ni.cuma ini je yang aku mampu keluarkan untuk hari ni

ok.macha comel,so semua orang comel
bam bam,bum bum.kesian bum bum cacat
ok bob.cukup la tu
cantik je aku tengok mereka ni;)


*peristiwa hari ini
humm.rasanya aku ada buat salah dekat seseorang.minta maaf la banyak2 wahai sahabat.aku tak berniat pun nak sakitkan hati kau dengan mengungkit kisah lama kau.macamane kau rasa,macam tulah jugak yang aku rasa bila kau buat aku macam tu dulu.sudahlah,jangan la benci aku sebab benda tu.aku dah tak kacau kau dah lepas ni.maaf sangat2