Showing posts with label review barang. Show all posts
Showing posts with label review barang. Show all posts

Friday, April 29, 2011

jom beli Panthera !

memandangkan duit elaun aku ade la sikit baki, moleklah kalau aku gunakan dia untuk beli  benda berfaedah macam beli jersi Panthera. tahu tak Panthera tu menatang ape? kalau tak tahu, nampak sangat tak alert dengan isu semasa. tak baca berita ape..


btw, panthera ni jersi yang TM lancarkan untuk Team Malaysia. Team Malaysia ni pulak supporters untuk semua atlet Mesia. tak kisahlah sukan apa pun dan tak kisahlah supporters sape pun, so macam nampak bersatu kalau semua pakai jersi ini. THE SPIRIT OF TIGER katenya...


sila lah klik gambar kalau nak tengok besa-besa

memang familiar jersi ni sebab dulu-dulu just atlet yang pakai. and now, dia dah open kat semua orang. harga dia ok lah, dalam RM79.90. tapi kalau nak lagi murah, sila beli online ye. sila klik sini kalau nak Panthera berharga RM69.90. jimat RM10. mungkin agak molek bila kita boleh support atlet Mesia yang main kat oversea sambil pakai baju ni. dan molek jugak untuk sape-sape yang tengok Man United secara live kat Old Trafford tu pakai jersi ni. nak promote Malaysia lah katekan.


alhamdulillah, aku dah beli pon malam tadi. tak lame lagi sampailah kat pagar rumah aku tu :D




Saturday, March 5, 2011

Lafazkan kalimah cintamu----ah!! Sedihnya!!

hari ni hari ahad. biasanya mesti la nak bangun pagi pukul 11.00 en. tak masyuk ah bangun awal awal! takde life do! hua hua

aku suka je tengok orang susun novel banyak-banyak dalam almari. macam semat je. lepas tu aku jeles lantas aku terus beli novel banyak-banyak jugak. tapi malangnya, aku tak baca langsung novel-novel tu do! memang..memang aku suka buang duit ke arah yang takberfaedah. jangan ikut aku ok.

aku tak nak baca novel aku, tapi aku nak baca novel orang. ok kepada sesiapa yang dah lame tak nangis, sila pastikan korang baca novel ni. novel ni jugak disarankan kepada lelaki-lelaki yang ego tahap dewa punya. aku nak tengok korang leleh ke tak. memang berbaloi ah korang baca novel yang mukasurat dia 800++ ni. 

memang sejujur-jujurnya aku cakap, novel ni buat aku nangis berkali-kali. eh salah, bukan berkali-kali, tapi berbelas-belas kali. bukan nangis biasa yang boleh tutup-tutup dengan bantal, tapi dah sampai tahap bunyi kuat-kuat. bapak lah tak macho aku ni do.

aku taknak ah cerita sinopsis dia. tak surprise ah. beli sendiri, baca sendiri, nangis sendiri.