Monday, March 23, 2015

MENGAPA SAYA MEMILIH MATRIKULASI BERBANDING DIPLOMA.

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik, eh dah masuk semester 8 kat UiTM. Alhamdulillah, until this point, aku still boleh survive & boleh bawak diri & boleh hidup lagi dalam course ni. Kadang2 aku terfikir jugek, ape hal la aku amik engineering ni padehal aku lagi minat masak memasak baking membaking ni. Takpelah, Allah dah putuskan dah aku bawak ijazah Oil & Gas Engine ni untuk mak bapak aku & ijazah masak memasak baking membaking untuk bakal suami & anak2 aku XD.

Okay, berbalik kepada topik utama. 

Result korang berapa?

1) Straight A/ kurang satu A
Hmmm kalau aku straight A, mungkin masetu aku bermati-matian apply for Program Ijazah Luar Negara JPA/ MARA / UTP. Sebab bersekolah di asrama penuh membuatkan semua orang bermati-matian nak belajar kat overseas. Tulah, suke sangat nak mengikut orang..

2)Kurang sikit A
Okay cam biasa, sama ada Diploma, Asasi, Matrik, STPM atau Poli. Dulu masa lepas sekolah, aku mana pernah dengar asasi tu ape. So aku apply diploma. Tuptup kuar result UPU, aku dapat Diploma Chemical Engineering. Hahah mase tulah baru tahuu asasi tu setahun, matrik tu setahun, diploma tu 3 tahunnnn hahah. Interview JPA yang pergi Jepun tu sangkut, Edu Camp UTP tu lulus tapi kene study pakai duit sendiri pulekkk, lalu Alhamdulillah Allah tunjuk aku jalan, lalu aku masuk ke Kolej Matrikulasi Selangor.

So, kenapa aku pilih Matrik berbanding Diploma?

1) Lebih cepat habis belajar
Aku ni jenis nak cepat habis, nak cepat siap jeeee. So, aku amikla matrik yang setahun ni. Aku amik Sains Fizikal sebab time SPM tak amik Bio. Tapi matrik ni kan ade 2 jenis, satu program setahun, satu lagi program dua tahun. Tak silap aku, pihak kementerian sendiri yang tentukan ko akan dapat program bape tahun.
 
Tapiiiii, tapiiiiiii, kau cume akan cepat habis belajar kalau kau betul2 belajar. Kalau kau masuk matrik tapi asyik ponteng kelas, asyik nak bercinta, asyik nak melepak, asyik nak tidorrrr (melainkan Allah cipta kau otak genius tahap gaban), silalah bungkus beg kau pergi balik kampung sane takyah buang mase. Kalau pointer kau below 2, kalau tak silap, kau akan dipanggil ceramah & kalau below 1.5, kau kena kick terus. Bila kena kick, kau kena apply lah for diploma pula so kau dah rugi 6bulan / setahun dalam lifetime kau.

2) Persekitaran pembelajaran yang buat kau rasa asyik nak belajar je
Untuk makluman korang, dulu kelas aku start pukul 8, balik pukul 5. Pakai baju kurung, lelaki pakai kemeja siap tie lagi aduh..(sekarang tak sure cemane). Malam takleh kuar. Outing 5pm-7pm sahajurrrrr. Malam takde bende nak buat sangat melainkan study / lepak / tengok movie dalam bilik. Deswai aku cakap persekitaran matrik buat kau rasa nak belajar sahajurrr. Tapi lek ah, stahun je nak duduk dalam matrik ni. Degree nanti kau enjoy lah!

Plus, lagi satu sebab aku ter-rajin sikit mase matrik adalah, untuk balas balik harapan overseas JPA yang aku tak dapat. Yang dah lepas tu, aku jadikan motivasi utk naikkan semangat aku wah gituw. 



3) Elaun
Mase mule2 masuk, aku taktau pun aku akan dapat elaun. Dah masuk tu barulah pihak matrik sibuk dok suruh buat akaun Bank Rakyat. Jumlah elaun? Tak ingat. RM1500 satu semester. Kottttttttttttttt.

4) Yuran tak mahal sangat.
Ala ni pun aku tak ingat sangat. Zaman aku dalam RM400++.

5) Silibus belajar?
So far, ape yang aku belajar time matrik lebih kurang macam SPM. Aku suka kimia part reaction, so aku suke giler chemistry time tu deswai aku further degree pun dalam bidang-bidang tu jugeeee. and aku sukee maths jugeee deswai aku suke je time duduk matrik dulu.
Salah satu aktiviti masa matrik. Daki bukit Jugra ihiks.




Dan, itu sajelah yang aku ingat pasal matriks. Selalu aku dengar orang merungut cakap matriks susah. Die cume akan susah kalau kau malas, itu je. Bukannye aku nak cakap aku rajin, tapi hmmm nak lulus enn, kene lah rajin. 

Tapi cume nak cakap, kalau kau dah habis Matrik pastu nak pergi carik kerja, kau punya sijil tu tak laku tau. Sijil Diploma je yang laku. Plus ape yg aku tengok, student Diploma biasenye lagi matang dari student asasi matrik sume ni. True storyy....

K lah bai. Nak buat FYP :)


Tuesday, June 4, 2013

PEMANDANGAN YANG AGAK COMMON DAN TAK COMMON DI FAKULTI ENGIN

AMARAN: ENTRI INI TIDAK SESUAI DIBACA OLEH ORANG YANG CEPAT SENTAP. ENTRI SEKADAR SUKA-SUKA. JANGAN SENTAP PLISS

PEMANDANGAN YANG AGAK COMMON
1.
Pemakaian sliper jepun. 

Tapi janganlah siper jepun sangat. Pakai la siper Fipper ke, Nike ke, baru style sikitttt. Ini adalah pilihan aksesori kaki yang terbaik. Siapa yang memakainya mesti merasakan diri mereka styleeeeee walaupun ada unsur kejambanan sikit.


2.
Pemakaian jaket fakulti.

Ini adalah satu norma biasa dalam fak engin. Bangun tido, mandi, terus sarung jaket. Waima jaket tu dah pakai semalam, then hari ni pun pakai lagi, InsyaAllah gerenti takda sapa nak nganjing kau " EEEEEEE pengotor gila pakai baju semalam". Pernah sekali tu aku pinjam jaket senior lelaki sebab nak masuk lab, tapi cissss penuh bau air liur. Geli la giler. Jaket biasa jadi penyelamat bila taktahu nak pakai baju apa hihi.

3.
Wujudnya limpahan gender lelaki.

Terutamanya kat Fac Mechy, Letrik ngan Awam. Kimia 50-50 laki perempuan kecuali course Oil and Gas jela. So jangan merungut kalau kau parking motor,balik2 kelas motor ko dah beralih sebab dorang mmg suka himpit2 motor pastu alih balik. Semua parking moto dorg rembat so mana gadis2 macam aku nak selit motor aku tskk tskkk.

4.


Lewat ke kelas? 


Arghh common common. Biaselatu tak mengira jantina. 

5.
Ngantuk lalu tidor?

Warghhhh biasa2 terutamanya hari Isnin walawehwehweh. Tak kisah la kau tidur awal ke tidur lambat,yang pasti rasa ngantuk itu tetap datang.

PEMANDANGAN YANG AGAK TAK COMMON

1. 
Shirt & tie? 

Sumpah pemandangan paling rare. Kalau ada pun, masa hari Isnin time first year. Yela masetu agak noob noob sikit. Masuk 2nd year, mana main dah kemeja2 ni ye tak. Kalau dah 3rd year tapi pakai macamni maksudnya dia ada interview lah tuuuuu

2.
Mak datin ke kelas

Apa gila kau nak berpakaian begini.Mahu 7 hari 7 malam orang dok mengulas kau hihii. Tapi kalau rasa cun, pakai jela. Kalau tak cun plis jangan pakai.


Tuesday, March 26, 2013

Cara nak tahu sama ada masakan anda sedap,cinca bashita dan menyelerakan ataupun so-so aje

Aku adalah seorang tukang masak temporary di sebuah rumah di kampung aku. Or in the other words,rumah aku. Hobi aku diwaktu bosan adalah mencuba resepi baru. Bangun pagi,sarapan, lalu google2 pasal resepi baru. Dalam semua percubaan, tak semuanya berjaye. So bila mencuba, tabahkan hati dan iman, sebab takut fail nanti. Bukan sebab takut fail je, ada juga anasir2 jahat yang memprovok resepi baru yang tak jadi. 

Abang: "Tak payahlah buat tu. Bukannye kitorang makan pun nanti."
Umi   : "Tak payahlah masak tu. Membazir duit je beli bahan."
Adik2 : "Alaaaaa ada resepi baru ke......"

Aku tak pasti la diorang bergurau senda atau ape. Tapi hari demi hari, aku yakin yang diorang sebenarnya suka apa yang aku masak.

Nenek : "Emmmm sedapnye cucu aku masakkkkkkk. Dah boleh kahwin dah."
Makcik: "Eh Peyus masaklah nasi goreng yang sedap tuuu."

Cewah masuk bakul angkat sendiri!

So, ni lah antara respond2 yang InsyaAllah menunjukkan masakan kau tu sedap.

1. Kerap kali disuruh masak benda yang sama
Satu hari bapak aku beli ikan merah. Biase ikan merah umi aku buat sup je, tapi bila mengingatkan yang selera aku terletak pada cili2 dan sambal, aku buat ikan tumis. Lusa, bapak aku beli ikan tu lagi. Tulat,pun ikan tu. Bapak aku pesan,masak macam semalam ye. In a week, 3 days in row ktorg makan lauk same. So memang nampak sangat la ikan tu sedap sampai suruh masak banyak kali muahaha.

2. Makan bertambah
Biase orang makan bertambah sebab sedap en. Tapi kalau lapo sangat pun bertambah jugak. Kalau orang makan tak habis, nampak sangat la ketidak sedapannye tu kan kan kann

3. Disuruh masak banyak sikit sebab nak bagi2 kat jiran
Atau dengan erti kata lain, nak promote yang anak dara dia pandai masak. Bila hanta kat rumah orang, sempat pesan "Eh ni anak saya yang masak tauuuuu,bukan saya."

4. Sedara2 semua kerap kali datang rumah masa waktu lunch
Haha over pulak. Tapi betul la ni. Boleh jadi sebab dia nak makan masakan kite en.

5. Adik2 tak sabar nak balik sekolah sebab nak makan 

6.Post kat instegrem masak ape harini,pastu ramai orang like.

Wakakakkak bapak boasting gila aku ni.

Tuesday, March 19, 2013

Benda yang paling aku suka semasa childhood

1.Tarikh2 yang berwarna kuning

2.Buku Tora Aman Doraemon



3.Pokemon, Digimon, Doraemon, Ninja Boy, Dragon Ball, Sailormoon

4.Makan adunan kek yang mak buat. Bukan makan kek, makan adunan...


5. Conteng perabot2 dalam rumah. Contoh,semua laci almari mak ayah aku ada tulisan 'JANGAN DIBUKA' pakai marker hitam. Kat pintu bilik abang ada lagu 'I am sori, mak masak kari, adik goyang kaki,,,,,,'

6.Mandi sungai,berkubang,mandi dengan jiran,lelaki. haha tapi jiran tu dah kahwin dah sekarang


7.Salin lirik2 lagu kat dalam buku tulis sekolah and buat buku lagu. Pastu abang aku curik buku aku dan bahan aku. Shet


8.Beli buku biodata,then mintak biodata kawan2,alamat diorang semua padehal duduk sekampung. Paling geli,time raya pun kawan2 anta kad raya pakai pos padehal duduk sekampung.


9.Nak pegi sekolah naik basikal padehal adik2 kat sekolah yang sama dan bapak aku anta diorang naik kereta. Motif naik basikal? Sebab nak berbasikal sesame dengan crush.


10. Balik kampung belah mak aku sebab kezen2 semua baya2 aku dan ade yang hensem. Kalau belah bapak,kezen2 semua dah bujang.

Itu sahaja Mohon copyright gambar dari google. Dah2 nak siap2pergi kelas :)

Saturday, February 23, 2013

Makan sambil tatang pinggan

Tempoh hari masa kenduri keluarga kat rumah nenek..

Kalau kat kampung,makan berhidang dalam talam. Pastu buat bulatan mengelilingi talam. Masa malam tu, aku ngan adik2 aku teman mak long makan kat atas. Umi, sepupu ngan makcik2 lain makan kat bawah.

Kat talam aku tu, aku kongsi dengan jiran2 nenek (saudara kot tapi aku tak kenal). Orang2 tua la. Lauk sedap giler. Aku cedok2 pastu aku tatang pinggan aku sambil makan. 

This is what we call TATANG PINGGAN

Aku makan senyap2 je. Nenek2 yang kongsi talam dengan aku dok bersembang pumpangpumpang. Nak mencelah kang macam krikkrik pulak. Tetibe aku denga,

"Hish kalau aku makan tatang pinggan,mak aku mesti dah mengamuk dah"

"Tulah budak2 sekarang, taktahu belajar adab"